BTC USD 63,264.0 Gold USD 4,330.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Liverpool Taktikal Dan Pendekatan Arne Slot

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836
1000235561.jpg


IN DEPTH - Arne Slot ( 4-3-3 )

Beliau start mengemudi kelab adalah bermula pada tahun 2017. Masih terlalu muda dan awal utk kita katakan beliau dah cukup berpengalaman. Tetapi apa yg membuatkan beliau menjadi seorang jurulatih yg berkaliber adalah bagaiman ia memberikan impak yg cukup besar kepada kelab2 kecil yg pernah di kemudi nya sebelum2 ni.

Dari Cambuur ke AZ Alkmaar sehingga lah ke Fayenoord. Bayangkan beliau di lantik ke Fayenoord atas sebab AZ mencatatkan purata 2.11 mata utk setiap perlawanan di liga Belanda ( Eredivisie ) yg mana ia sedikit sebanyak menarik minat kelab dari Rotterdam tu.

Berpindah ke Fayenoord, Arne Slot mengubah landskap title holder dengan membawa Fayenoord memenangi liga pada musim kedua beliau 2022/23 di mana ini adalah kejuaraan liga utk tempoh 6 tahun yg di menangi mereka sebelum ni dan juga kali ke 2 dlm tempoh dua dekad. Membawa Fayenoord bermain di Europa league malah berjaya sehingga ke quater finals dan juga menjadi kelab yg pertama di liga Belanda berada di final Conference league membuatkan mata mula melihat susuk tubuh muda yg baru berumur 45 tahun ni.

Trajektori beliau cukup cantik as a coach dan amat mencuri tumpuan bg kelab2 besar utk menggunakan khidmat beliau dan tidak heran lah jika Liverpool mula memancing Slot bg mengisi kerusi panas di Anfield setelah Klopp menyatakan utk keluar dari kelab Merseyside tersebut.

Apa yg membuatkan M.Edwarda terkesima utk melantik Arne Slot utk bekerjasama dengan beliau di Liverpool?

Pertama sekali adalah track record beliau..Ok sebelum tu korang kena fahami hala tuju atau sistem yg di bangunkan Liverpool di bawah Edwards..korang kena faham as someone yg duk di high table yg punyai reputasi as well-known data oriented recruiters, pastinya mereka2 ni xkan lari dengan konsep data & analytics sbg rujukan dlm membuat sebarang keputusan..

So begitu juga lah dlm pemilihan candidate secara keseluruhanya.. data is an important as a playing style and more important than a coach itself ( ni stratergic business plan yg di bawa M.Edwards )

Kembali kepada Fayenoord pada musim 2021/22 di mana musim pertama Arne slot yg mengemudi kelab dari selatan belanda tu, Fayenoord merupakan kelab eropah pertama utk 5 liga yg mencatatkan high turnover tertinggi ( shot & goal ) di ikuti Man City & Napoli utk tangga kedua dan ketiga.

Dan setelah Fayenoord memenangi liga di musim berikutnya, kelab terpaksa menjual beberapa nama atau key player mereka utk menampung perbelanjaan kelab. Di anggarkan sebanyak €35 juta berjaya di kumpul. Di kala kelab menjana pendapatan, Slot yg kehilanggn tonggak utama..Fayenoord masih mampu lg bersaing di dlm liga. Malah beliau berjaya menstruktur kembali peranan dlm taktikal bg membantu kelab memperoleh €5.40 Juta pada musim panas. ( Bulan Jun )

Dan bayangkan dengan apa yg melanda Arne Slot di Fayenoord. Beliau masih lg memberi persaingan kpd seteru utama mereka di mana pada musim ni sahaja walaupun PSV yg memenangi liga tetapi Fayenoord mencatatkan rekod yg baik sekali..kalah 2 kali sahaja di liga secara keseluruhanya dan memenangi KNVB cup ini sesuatu yg menankjubkan bg seorang Jurulatih yg bersaing tanpa dana atau pemain yg hebat jika di bandingkan dengan kelab2 elit di serata dunia.

Jadi korang dh nampak kan “underlying stats” Slot ni berjaya mempengaruhi keputusan Edwards selain taktikal dan cara permainan yg suit dengan pemain yg sedia ada di Liverpool? Malah jik di nilai based on pemerhatian aku kepada Klopp ketika di akhir karier nya bersama Liverpool.. Slot boleh di anggap sbg “kelahiran” kembali Klopp dengan versi yg lebih muda.. apa persamaan mereka?

Mampu bawa team dengan bajet yg ciput…jilakerr kedekut betoi

Dari sudut pandang taktikal pula bagoimana?

Corak yg di bangunkan Slot adalah 4-3-3 in default atau di atas kertas. Jika di lihat kpd strukur posisi pemain, Slot suka menggunakan 2 CB yg lebih traditional, kedua attacking fullback yg flexible. Di kiri di berikan lesen lebih advanced manakala di kanan lebih inverted.

As trio pivot di centre midfield, seorang anchorman atau lone 6 di tugaskan menjadi lastman utk protect backline di apit kedua double 8 as box to box player. manakala front 3 adalah kedua pemain sayap yg berbeza kriteria seorang classic winger di kiri dan inverted winger di kanan dengan seorang deep lying forward as focall point di atas.

Kalau di fikirkan balik, posisi dan traits sebegini agak tidak seimbang dengan kedua pemain menduduki di garisan permainan yg sama especially di setiap channel ( inverted RB / RW di half channel dan LB / LW di wide channel ) kenapa agaknya Slot guna pendekatan sebegini?

Ok sebenarnya yg mengambil alih tugas atau key player dlm sistem beliau adalah pemain yg berada di bhg midfield iaitu kedua box to box tu td. Di kanan Slot akan menekan utk pemain RCM move ke wide channel sekiranya pemain sayap inverted ke half space manakala di kiri, LB hanya akan stay di halfway line dan posisi half channel di gunakan oleh CF drop. Sebab tu kenap Slot pick pemain sayap kiri utk tuck di sideline agar tidak ada zone yg wasted.

Dan satu lg sebab kenapa perubahan di buat kerana Slot memiliki work rate dan creative spark pemain di LCM yg boleh operate dengan extra duties iaitu menjadi third man dlm rotation play yg mereka jana kan. Ini adalah contoh pattern yg kerap kali mereka gunakan.

Jika kita lihat corak in possession Feyenoord, Slot akan push pemain membentuk struktur serangan 2-3-5 di mana di bhg 2nd line Timber akan push ke LAM, Geertruida akan inverted sedikit ke LCM manakala Paixao akn hang di wide flank. Sekiranya Gimenez drop ke half space ( LAM ) Timber akan drop utk partner Wieffer di central field dan push back Geer di posisi asalnya di left back menjadikan 4-2-4 ketika dlm transition.

Minteh yg berada di kanan akan opted as 2nd forward dah push Steng mengambil kedudukan wide flank di kanan. Begini lah positioning rotation yg kerap mereka gunakan.

Dalam fasa build up play pulak, berbeza dari kebanyakan team yg mengamalkan positional play, Arne slot lebih cenderung kpd pendekatan yg lebih old skool dengan membangunkan sostem flat 4 dengan keempat pemain pertahanan stay lebih rendah bersama GK.

Tetapi ada satu benda yg menarik perhatian aku ttgk struktur build up play mereka utk keluar dari tekanan ( asakan lawan ). Bagaimana kaedah seorang pemain di no 8 akan menjadi third man ( pemain ketiga ) yg akn membuka option pass dari bawah berbanding pemain di bhg holding tu yg bisanya di gunakakan. Malah lone pivot td cuma sekadar decoy sahaja. Di sini korang akn lihat sistem tu berubah kpd 4-1-1-4.

Arne slot berikan aku satu lg ilmu baru yg mana sebelum ni aku pikiaq Leverkusen jer yg guna pendekatan vertical double pivot ni. Rupanya, Slot dah lama gunakan all-round playmaker utk tugas sebegini ketika mereka menjana gerakan dari bawah lagi..demm

Yg lain2 aku xnak kupas panjang sgt dh sbb nt jd panjnag thread ni dan korang pun akan jd letih nak baca.. kenapa x lukis? Ni selalu aku dpt bila si pemalas yg komen lah..hihi

Apapun utk pattern yg lain..technically, cara Slot menyerang sebijik dgn cara Klopp..most of the time depa lg suka pendekatan pressing dan direct attack berbanding membuat kawalan dlm circuit play ( one dimensional attack )

Utk part 2 nt aku kupaskan keupayaan Liverpool dengn pemain yg sedia ada..boleh pegi ke tak?


tinkerman
 
Setelah membedah taktikal Arne Slot..

Aku boleh katakan beliau mempunyai structure yg ELITE.

Nak tau bagaimana dia handle esk bergantung kepada betapa cepatnya beliau adapt di dlm liga..

Jangkaan aku..paling bodo2 pun bila aku tgk squad ID yg ada di Liverpool ni..pastinya 2nd season pemain dah boleh buy into his project. Only time will tell!


tinkerman
 
Back
Top
Log in Register