BTC USD 82,438.3 Gold USD 4,092.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Taktik menjadi

OK.. sorry.

Aku cerita sikit pengalaman aku dgn ko x tau ko boleh pakai ke tak.




Aku ni semenjak zaman sekolah rendah, sekolah menengah, masuk pulak IPTA mmg langsung tak pernah couple walau sekali pun. Satu aku mmg x nak cari malas. Kedua aku diajar dari kecik lagi couple ni troublesom, isu pegang tangan dan sebagainya banyak main dgn perkara yang mengundang murka Allah swt. So dah masuk tahun ke-4 kat IPTA pun aku mmg langsung x couple.

Dalam course aku di IPTA ni, ada member aku sendiri yang bilik selang beberapa bilik jer dari aku. Aku kasi nama dia 'K'.

Si K ni pulak dalam course aku mmg terkenal sebagai seorang yang kalau nak perempuan dia petik jari saja.

Ada cerita sebenarnya.

Si K ni kematian ibu masa dia sekolah menengah. Dia rapat dgn ibu dia. Ibu dia ada certain ciri yang mmg dia nak ciri2 itu dalam seorang wanita yang dia nak kahwini. Ciri isteri mithali lah senang cerita.

Jadi untuk dia capai objektif dia scouting calon isteri yang sesuai. Dia pernah couple dengan 7 orang budak dalam masa yang sama. Mmg hebat dia ni. Henset tiga, dan boleh shift henset anytime masa nak reply message awek2 dia tanpa dia tersilap send.

Dan awek dia ada yang mmg muka model, tapi mmg IKHLAS nak kat dia. Tapi after a couple jumpa dia akan dump cari yg lain.



Sampailah kami masuk kursus berkaitan MUET. Aku jumpa sorang pompuan ni... comel (pada mata aku la). Tapi aku x pandai tackle. X dok pengalaman.

Rupanya perempuan ni duk perati si K ni. Si K ni agaknya sbb dah ada pengalaman, dia automatik perasan budak ni. Terus pergi dgn penuh bergaya dan sua phone number dia kat perempuan ni.

Dan diorang start couple. Lepas tu cuti sem. By the way aku x tau diorang couple. Tapi waktu tu aku dengar, K ada bahan eksperimen baru. Cuma aku x tahu perempuan itu.


Habis cuti sem, nak jadi cerita aku masuk dlm course dan kelas yang sama dengan perempuan tu lagi.

Dan aku perasan, muka dia ada calar balar. Aku pun approach dia, sbb time muka dia calar sikit ni mudah-mudahan self-esteem dia rendah kalau x segan beb nak cakap dgn dia.

Dia layan.. kemudian aku reka cerita kononnya ada adik sepupu nak masuk course pelancongan, minta phone dia kot2 dia leh nasihat. Dia bagi la. Malam tu aku balik, aku jumpa member baik aku... 'Y'. Terus 'Y' ni construct ayat berbunga2 utk aku tackle awek ni. Dia tolong messagekan sebagai aku utk 3 hari.

*Utk pengetahuan Y dan K adalah kawan karib. Disini yang seterusnya aku tahu apa yang terjadi.


Lepas tiga hari, si Y ni cerita kat aku, awek tu (kita panggil SN) adalah bekas awek K. Aku lopong sat. Dan the moment K dengar aku dapat SN, terus dia nak masuk campur balik. Daripada boleh aku solat berimamkan K, terus rasa macam jumpa dia pun x mau.

Tapi Y ckp kat aku, dlm hal ni dia support aku, sbb dia kata "orang mcm hang x pernah couple seumur hidup tiba2 nak mesti hang ikhlas."

Baru dia bukak cerita. Rupanya masa cuti SN kerja sambilan di universiti tu. Masa malam bwk motor, eksiden tergolek... tu yg muka calar yang amat teruk tuh. Time tu dia pinjam helmet si K nih.

Masa dia tengah sakit jalan pun x betul. Dia nak cari orang yang boleh buat dia bahagia. Yakni K tu la. Jumpa di library. Sembang2 tiba2 si K ni cakap: "Abang rasa kita ni x sesuailah. X payahlah jumpa abang dah ye."

Remuk hati SN ni. Berkecai. Malam tu dia naik kolej duduk tepi railing nak terjun tapi roomate dia nampak. Roomate dia pegang. Last2 orang nasihat, x berbaloi nak jadi mcm tu hanya kerana seorang lelaki.

Then aku dapat tahu, aku memang cuba the best jaga dia. Si K ni duk masuk campur juga nak balik sampailah si Y ni dan sorang lagi member cohort kami H pergi jumpa dia. Lepas tu dia diam.

Tapi SN ni fobia, takut dgn budak English (aku course english time tu). Jenuh aku solat hajat tiap malam beb, mintak aku nak jugak dia jadi isteri aku.

Jumpa tiap hari tapi aku cuba sedaya upaya maintain x pegang langsung kulit dia. Itu pesan mak aku lepas dpt tahu aku nak couple. Nasib baik dh dekat nk habis. Habis jer terus mak aku hantar rombongan bertunang dan seterusnya SN dah jadi wife aku sekarang.

Nak jadi cerita, si K ni dapat posting tempat yang sama dengan aku, kerja sini jugak. Walauweh. Tapi nasib baik jauh sikit. Sampai sekarang x ada calon yg betul.






And then one night, aku sembang2 dgn bini aku. Aku dah pernah cerita pasal cerita K tu. Dia pun dah tau K tu mcm mana. Then tetiba dia cerita:

Dulu, dia selalu buat kat lelaki mcm tu gak. Tiga orang, dia mainkan dan dia dump mcm tu saja. Sebijik mcm apa ko TT tgh plan nak buat, dan mcm apa si K tu buat pada dia.

Kemudian K dump dia, time dia baru eksiden. Masa nak jumpa K tu hati dia punya berbunga:

"Xpelah eksiden sikit, tapi masih ada orang yang sayang." Senyum saja. Masa jumpa kena dump mmg psycho gila.

Masa dgn K tu lah masa dia jujur habis dan ikhlas mmg nak.

Mungkin jadi begitu, sbb dosa lampau dia.






=======================



K buat something yang sama.
Wife aku pernah buat something yang sama.

Sbb pakai term karma x sesuai cukuplah aku kata, di dunia ni "what you give you get back."

Alhamdulillah lepas kahwin dgn aku wife aku tinggal cara hidup lama dia.



=======================


Kengkadang rasa nak balas dendam, tapi kalau boleh tu janganlah kejam begitu. Kalau ko betul x nak dgn dia, lepaskan dia cara baik. Jangan buat masa besday. Jangan buat dengan ayat yg angker dan kejam.

Xpa dia buat orang, tapi kalau kita x sanggup orang buat kita mcm tu, kita jangan buat orang.

huhu tapii aku kena dump,
xde dtg balik pon.. aku siap tunggu ni haha
 
Back
Top
Log in Register