ustazb
Fun Poster
- Messages
- 695
- Joined
- Jun 26, 2010
- Messages
- 695
- Reaction score
- 1
- Points
- 15
RUPA-RUPANYA permainan pakatan campuran untuk terus menyusahkan rakyat dan masyarakat tempatan tidak habis-habis, bermain wayang dalam pentas lakonan dengan mangsanya adalah rakyat sendiri.
Persoalannya, siapa pengarah yang bijak memainkan peranan, membentuk watak dan perwatakan dan dalam masa yang sama turut serta sebagai pelakon utama, kononnya menjadi hero dengan wajah pelbagai rupa sedang mempunyai watak sampingan yang berbeza.
Inilah realiti politik dimainkan oleh pakatan campuran yang secara sengaja mencipta pelbagai propaganda dengan memanipulasikan setiap agenda lantas cuba mewujudkan satu gelombang lain bagi kepentingan peribadi dan karier politiknya sendiri.
Apa sebenarnya yang tersirat di sebalik sandiwara tersebut?
Fikirkan secara logik dan kritis tanpa dibayangi sikap prejudis terhadap mana-mana pihak, renungkanlah semula rentetan perjalanan politik yang melanda negara sejak kebelakangan ini.
Bermula dengan keputusan dalam Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu, kesejahteraan yang diharapkan tidak semudah itu berlaku apabila pakatan campuran sengaja mewujudkan pelbagai helah yang sememangnya bertentangan dengan nilai dan moral dalam masyarakat.
Walaupun telah beroleh kemenangan di lima negeri tetap tidak berpuas hati, dah dapat betis idamkan paha pula lantas sengaja pula mencipta pelbagai isu, memfitnah, mencaci cela kepimpinan BN dan mewujudkan propaganda akan ada ahli BN lompat parti; tujuannya agar Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
Malangnya, impian hanya mimipi, dan angan-angan menakluk negara tinggal Cuma cita-cita, sudahlah begitu, nasib malang yang diterima pakatan campuran bagaikan berganda apabila dalam masa yang sama, ahli mereka pula yang lompat parti dan BN kembali menguasai Perak.
Inilah natijah keangkuhan pangkat dan kedudukan, tamak dan haloba bermaharaja lela sedang kuasa yang ada tidak dilaksana impikan pula tampuk lebih tinggi.
Selepas Pilihan Raya Umum ke-12, terdapat enam pilihan raya kecil mengekori yang sebahagiannya disebabkan oleh hal-hal remeh, bertentangan dengan kewajaran serta dijadikan sebagai mainan politik pula.
Ini bermula dengan tindakan Wan Azizah di Permatang Pauh Ogos lalu yang secara sengaja meletak jawatan bagi membolehkan suaminya, Anwar Ibrahim bertanding, salah satu bukti kepentingan peribadi melebihi kepentingan rakyat kawasannya. Mungkin juga, dalam babak ini dikatakan ia adalah bukti sebuah cinta seorang isteri kepada suami – boleh jadi?
Lantas, di sinilah babak baru bermula; Anwar diterima secara langsung dalam pakatan campuran walaupun sebenarnya ada pihak yang tidak senang (tetapi tidak berani bersuara) dan dilantik pula sebagai Ketua Pembangkang sedangkan nilai salah laku moral yang ada padanya diketepikan.
Kemudiannya, ini diikuti oleh Adun Bukit Selambau, V. Arumugam yang juga membuat tindakan sama berikutan masalah moral; sanggup menyembunyikan diri kerana takut berdepan dengan khalayak dan malangnya apabila kembali ke tanah air, disambut pula oleh ahli pakatan campuran bagai hero filem hindustan!
Lanjutan daripada kepincangan dalam kedangkalan calonnya, tindakan Mohammad Fairus Khairuddin di DUN Penanti; atas alasan ingin memberi tumpuan kepada pengajiannya dan juga untuk menjaga nama baik parti berikutan siasatan SPRM terhadapnya sedangkan ketika itu SPRM belum memutuskan sebarang pertuduhan. Lebih malang lagi apabila SPRM tidak mendakwa Fairus kerana dikatakan tidak ada kes. Yang jelas, Fairus menjadi mangsa politik dalam sandiwara politik desparado yang dimainkan.
Bukan itu sahaja, dilaporkan juga bahawa kemungkinannya akan ada dua lagi pilihan raya kecil yang akan menyusul di Selangor termasuklah di Kota Alam Shah yang sememangnya Adunnya akan bertindak meletak jawatan atas alasan yang memang tidak munasabah.
Sehubungan itu, berapa lama lagi rakyat akan terus diperalatkan dengan sandiwara haprak pakatan campuran, sedang kepercayaan dan amanah yang diberikan oleh rakyat kepada mereka tidak digunakan dengan betul.
Tepuk dada tanyalah minda, luaskan akal pergunakan fikiran lantas jawablah persoalan – berapa lama lagikah rakyat sanggup dipermainkan sedangkan nyata BN telah berubah dan sedia menggembeling tenaga untuk kemajuan bersama.
Satu Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
)

Attachments
-
59.6 KB Views: 39