dalam post kau, sebenarnya dari sepanjang-panjang yang kau tulis tu, yang benar-benar kau nak tulis sebenarnya cuma ayat terakhir je kan? ayat yang "kuku besi".
taktik macam nak kasi budak-budak makan ubat, selitkan 1/2 biji dalam sebutir pisang.... cumanya, ini bukan ubat tapi racun.
tentang Anwar
mari kita lihat... Anwar juga dulu dijulang dalam UMNO.
sekarang Anwar dicerca dihina...
hipokrit betul orang UMNO.
makin bertambah kemunafikannya bila menyembunyikan hipokrasi sendiri ketika meng"highlight"kan hujah kononnya orang lain hipokrit.
tentang hishamudin rais
hisham bukanlah seorang pemimpin, beliau pejuang tapi bukan pemimpin, dari satu segi aku melihat dia sebagai instigator anarkis berwarnakan sosialis (perkataan "berwarnakan" sengaja dipilih untuk tidak menggunakan perkataan "berkiblatkan" yang dirasa tidak kena dengan konteks).
sebelum ada yang melatah melihat perkataan anarkis, anarkis tidak semestinya kacau bilau. anarkis adalah situasi dimana pemerintahan tidak dimonopoli, atau diterajui (dengan mekanisma anti-monopoli) oleh satu-satu pihak/parti/badan, dan sebaliknya dalam pemerintahan (lebih tepat lagi "pentadbiran") yang secara muafakat dalam satu kelompok masyarakat melalui kata sepakat, tidak ada ketua. di kanada contohnya, ada beberapa municipality yang mentadbir diri sendiri secara anarkis, damai dan tenang.
jadi sebagai pejuang reformasi, beliau adalah reformis. reformis tidak secara absolut menjuangkan penggulingan tampuk, yang penting perubahan kearah yang lebih baik, secara menyeluruh.
makanya hisham walaupun sama-sama dalam kelompok reformasi, beliau tidak patut diafiliasikan dengan mana-mana komrad seperjuangan reformasi apatahlagi dari jalur politik.
dalam kelompok reformasi 1998-1999 ada banyak pihak yang terlibat, masing-masing dalam faksi sendiri sama ada secara bersekutu dibawah payung ideologi yang sama mahupun secara individu.
jadi di mana salahnya jika beberapa manusia dalam reformasi, mempunyai akar berbeza, lantas pucuknya juga tumbuh dalam pelbagai arah? sedangkan reformasi itu sendiri tuntutannya sama, iaitu membanteras korupsi, kolusi, kronisme dan nepotisme?
sama seperti BERSIH, tuntutannya alami, keadilan dan kesaksamaan dalam pilihanraya. UMNO dan BN sendiri boleh menyertainya... cuma mungkin (ahh... sebenarnya memang) terlalu angkuh dan sombong untuk memberikan sokongan untuk sesuatu yang bersih.
hishamudin mempunyai jalur fikir sendiri, biarlah... itu indahnya perjuangan reformasi.
beliau memang anti tamadun petroleum dan plastik serta konsumerisme-dangkal. beliau anti kebergantungan terhadap kereta. ini semua normal bagi manusia yang pernah hidup lama di kota tua seperti london, paris, tokyo etc.
apa hubungan nallakarupan dengan reformasi? begitu juga marina?
nalla seorang kapitalis, golongan pemodal yang dikambinghitamkan mahathir untuk memburukkan anwar... beliau bukan reformis.
marina nak lawan bapak dia? nak bangkrutkan abang-abang dia? muahahaha.... marina cuma ambil berat golongan bernafsu songsang, beliau tidak suka LIWAT dijenayahkan (orang UMNO suka dengar dan sebut perkataan LIWAT ni, terutamanya ketika waktu makan malam yang biasa bagi orang melayu, sekitar jam 8:00 - 9:00 malam, ketika bersama suami/isteri dan anak-anak).
katak hijau...
kau resign je la jadi cyber-troopers. kau jadi jambu belaan hishamudin yang lagi satu tu lagi bagus... gerenti tak ada masalah sembelit lagi.