dhiaperfumes
CG Top Poster Club

- Messages
- 41,571
- Joined
- Nov 12, 2009
- Messages
- 41,571
- Reaction score
- 63
- Points
- 120
Perintah tahanan reman ke atas bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad berlangsung dalam suasana menyentuh hati apabila isteri penyanyi itu, Nor Azeana Ramli berkali-kali mengungkap perkataan I love you so much (Saya sangat cintakan awak) sebaik Ezad tiba di Mahkamah Majistret.
Nor Azeana yang setia menunggu Ezad selama lebih satu jam sejak pukul 9 pagi turut sempat berkata, Take Care B (Jaga diri B) kepada penyanyi yang terkenal dengan lagu Percintaan Ini itu selepas selesai perintah tahanan reman tersebut.
Dalam perintah tahanan reman semalam, Ezad atau nama sebenarnya Mohd. Rohaizad Mohamad Lazim, 35, direman selama empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan tuduhan memiliki dadah jenis syabu di pekarangan tempat letak kereta di kompleks beli-belah Selayang di sini kelmarin.
Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Nurul Izzah Hassan Basri mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah, manakala kes itu disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1
http://www.cari.gold/2014/11/take-care-b-isteri-ezad.html