BTC USD 82,963.1 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Takaful malaysia

saya pilih Takaful Malaysia...
 
Salam sejahtera semua warga forum
TAKALFUL MALAYSIA
INGAT Kita tidak tahu apa yang akan terjadi hari esok dan akan datang.
1 Keluarga 1 Takaful
JOM jumpa kami di pasar pagi setiap hari Ahad Stadium Shah Alam.
Hubungi wakil anda di talian 0139452548
 
Hari ini kita sihat...hari esok kita mungkin terlibat dengan musibah yang kita tidak ketahui.oleh itu beringat sebelum apa-apa terjadi.

Peringatan ini untuk saya sendiri dan tuan/puan.

Fikir-fikirkan
 
Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih dan tahniah kepada anda semua.

Anda sebenarnya cukup beruntung kerana masih sempat mambaca isi kandungan didalam laman forum ini. Ada sebahagian dari sahabat anda sudah tidak mampu dan mempunyai peluang berbuat demikian. Samada mereka telah meninggal dunia atau sedang bertarung nyawa diatas katil hospital.

Sedangkan anda dianugerahkan tuhan dengan kesihatan yang baik, kehidupan yang sempurna sehingga anda boleh menghabiskan saki baki masa yang masih ada


Tahukah anda!!
Takaful adalah satu cara bagaimana untuk menjadikan wang anda bekerja apabila anda sudah tidak mampu bekerja untuk mandapatkan wang suatu hari nanti......

Anda masih ada masa untuk membuat suatu keputusan yang penting didalam hidup anda. Dengan sumbangan permulaan serendah RM100.00 sebulan tidak akan menyebabkan anda jatuh miskin jauh sekali menjadi papa kedana.

Adakah dengan menyumbang RM100.00 sebulan akan menyebabkan keluarga anda akan jatuh miskin, muflis atau merempat? Saya yakin tidak akan sampai ketahap itu.

Tahukah anda, disaat anda sedang berfikir atau berkira kira untuk menyertai salah satu dari pelan perlindungan takaful. Berjuta orang yang sedang sakit, lumpuh atau terlantar di katil hospital sedang berkira kira untuk membayar kos rawatan mereka. Mereka bukan sahaja sedang berfikir untuk menjelaskan kos rawatan tersebut. Tetapi, mereka juga sedang sibuk berfikir bagaimana untuk mendapatkan wang bagi menjelaskan kos yang terpaksa ditanggung.

Dengan RM100.00 sebulan. Anda bukan sahaja dapat meringankan beban keluarga anda, tapi anda juga sebenarnya telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan dikalangan orang orang Melayu Islam.
 
KONSEP ASAS TAKAFUL

Konsep asas takaful mengambarkan satu rancangan perlindungan berasaskan kepada hubungan persaudaraan insan, rasa saling tanggungjawab dan saling bekerjsama di kalangan Peserta



Tabarru’

Tabarru’ bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks Takaful. semua peserta bersetuju untuk saling membantu di kalangan mereka di atas niat yang sama.

Di dalam Industri Takaful, At-Tabarru’ yang diperkenalkan ialah Tabarru’ ( derma ) bertujuan. Derma bertujuan diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin menyertai Takaful menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Pengendali Takaful menetapkan kadar Tabarru’ demi memastikan tabung Tabarru’ yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak. Ini berkonsepkan saling lindung melindungi.

Jesteru itu, jika seorang peserta membawa risiko yang besar kadar sumbangan yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut.

Al-Wakalah bermaksud wakil-mewakili

Al-Wakalah merupakan satu perlantikan seseorang untuk mengambil tempat orang melantiknya bagi menguruskan sesuatu perkara yang tertentu, atau pemberian kuasa kepada seseorang Wakil untuk mengurus dan menjaga sesuatu perkara

Dalam konsep ini peserta sebagai satu pihak membuat akad mengizinkan pengendali untuk melabur dan menjaga serta menguruskan dana. Di atas prinsip itu juga mereka memberi kebenaran mutlak kepada pengendali untuk melantik wakil bagi pihak mereka, jika mereka memerlukannya

Pengendali Takaful adalah dihadkan kepada menguruskan dana bagi pihak Wakil. Manakala Wakil bukan bertindak sebagai agen kepada peserta. tetapi menjadi wakil kepada Pengendali Takaful

Mudharabah

Mudharabah ( Amanah Berkongsi Keuntungan ) bermaksud perjanjian berkontrak antara pemberi modal dan pengusaha untuk tujuan menjalankan perniagaan dengan kedua dua pihak bersetuju ke atas peraturan pembahagian keuntungan.

Dalam kontrak Takaful, pengendali Takaful ditakrifkan sebagai pengusaha yang akan menjalankan aktiviti perniagaan, manakala peserta pula sebagai pemodal yang akan menyerahkan sumbangan mereka melalui sumbangan Takaful. Kontrak Takaful akan menetapkan pembahagian keuntungan yang akan diagaihkan antara peserta dengan pengendali takaful.
 
Back
Top
Log in Register