BTC USD 62,489.2 Gold USD 4,466.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Tak payah cabar Shahidan'

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
su_05.1.jpg

DANYAL mahu mencabar Shahidan bagi jawatan presiden KOM pada pemilihan bulan depan.

KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) memandang sinis hasrat Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Danyal Balagopal Abdullah yang mahu mencabar kepimpinan presiden, Datuk Seri Shahidan Kassim pada pemilihan KOM bulan depan.

Ahli Majlis KOM, S. Rajasegram menjelaskan, tiada sebab untuk bekas timbalan presiden KOM itu mempersoalkan kredibiliti Shahidan hanya kerana pelbagai kontroversi yang timbul dalam badan sukan olahraga negara itu sejak kebelakangan ini.

Ini kerana, jelas Rajasegram, segala isu dan masalah yang timbul selama ini adalah berpunca daripada pengurusan orang bawahannya yang gagal menjalankan tugas dengan baik dan jarang membuat keputusan yang tepat serta bersesuaian dengan keadaan semasa.

“Punca-punca mengapa prestasi dan pembangunan sukan olahraga kini merosot adalah bukan kerana kepimpinan Datuk Seri Shahidan Kassim,” kata Rajasegram kepada Kosmo! semalam.

“Sebenarnya orang- orang di bawahnya yang gagal menjalankan tugas dan tidak membuat keputusan serta perancangan dengan baik dan tepat.

“Jadi, saya berharap pemimpin-pemimpin dari arena sukan olahraga seluruh negara mengkaji dahulu fakta sebelum menuding jari kepada Datuk Seri Shahidan,” katanya lagi.

Pelbagai kontroversi dalaman yang membayangi KOM selama ini telah dilihat sebagai punca kemerosotan prestasi atlet-atlet negara di pentas antarabangsa.

Terbaharu, isu doping yang melibatkan atlet mereka pada Sukan SEA 2011 di Indonesia serta amaran keras daripada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek terhadap kelembapan pengurusan KOM, telah membuatkan Danyal Balagopal tampil menyatakan hasrat mencabar Shahidan pada pemilihan pucuk pimpinan persatuan tersebut.

Namun, Rajasegram yang juga setiausaha Persatuan Olahraga Johor menjelaskan bahawa KOM masih memerlukan kepimpinan Shahidan, namun perlu membuat rombakan dalam struktur dan peranan pegawai-pegawai bawahannya.

“Seorang pemimpin tidak semestinya hanya berani cakap dan kritik sahaja tetapi dia perlulah mempunyai kualiti-kualiti yang lain.

“Tiada seorang pun pemimpin yang sempurna dalam sukan. Namun, KOM perlu mempunyai satu jawatankuasa yang mampu membantu presiden dan juga mewujudkan persekitaran luaran dan dalaman yang baik untuk beliau membuat keputusan.

“Jadi, saya amat tidak bersetuju dengan hasrat Datuk Danyal Balagopal untuk mencabar jawatan presiden. Sebaliknya, beliau harus fokus kepada tugas beliau di MOM dan membantu kami,” katanya lagi.

Danyal sebelum ini pernah menjadi timbalan presiden KOM sejak 2001 sebelum berundur selepas kalah kepada Shahidan dalam perebutan jawatan presiden pada 2006.
 
ada tgk tadi dengan izin kat astro arena.. Dengan bekas KOM dulu tu.. lupa nama dia
 
Back
Top
Log in Register