TengkuHaadi
Active+ Member
- Messages
- 4,628
- Joined
- Mar 24, 2008
- Messages
- 4,628
- Reaction score
- 593
- Points
- 81
Kathy Werking Cipta Lilin Wangian Aroma Ayam KFC
Penulis percaya pasti ada yang sangat menggemari ayam goreng terkenal resipi rahsia Kolonel Sanders. Makan tiap-tiap hari pun tak mengapa kerana sudah ketagih dengan ayam KFC yang sememangnya terkenal dengan taglinenya ‘sedap sehingga menjilat jari’.
Kini rumah anda juga boleh berbau seperti ayam KFC apabila seorang pereka lilin wangian, Kathy Werking bekerjasama dengan Kentucky For Kentucky mereka cipta lilin Fried Chicken Actual. Lilin soya semulajadi itu diperbuat daripada bauan ayam goreng sebenar dengan menambah 11 jenis campuran herba dan rempah KFC di dalam lilin tersebut.
Jangan lupa dapatkannya untuk bau rumah semerbak bau-bauan seperti berada di rangkaian restoran makanan segera terkenal itu ya!
