balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
KAJANG – Kerajaan negeri meletakkan sasaran mengharamkan sepenuhnya penggunaan bekas makanan polistirena di negeri ini dalam tempoh dua tahun lagi.
Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Elizabeth Wong Keat Ping berkata, program pengharaman polistirena giat dijalankan di semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.
Kerajaan negeri katanya, memberi kebebasan kepada pihak PBT menentukan bagaimana kempen itu dijalankan.
Dalam tempoh jangka masa pendek, didikan diberi kepada rakyat mengenai kesan akibat penggunaan polistirena.
“Kemudian kita akan tetapkan beberapa dasar di mana beg plastik tidak boleh di kitar semula dan polistirena tidak lagi boleh digunakan di negeri ini.
“Buat masa sekarang perkara ini masih dibincang dengan beberapa pihak terlibat,” katanya sebelum meninjau dan mengedar 400 bekas makanan kepada pengunjung Bazar Ramadan Batu 13, Cheras.
Katanya, usaha itu bagi menggalakkan pengunjung membawa bekas sendiri dari rumah untuk membeli juadah di bazar.
Beliau dalam pada itu memaklumkan, sehingga kelmarin kerajaan negeri tidak menerima sebarang laporan kes keracunan di bazar Ramadan.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Mohd Sayuthi Bakar berkata, pihaknya memastikan peniaga tidak menggunakan bekas polistirena dalam urus niaga di bazar di kawasan pentadbiran PBT itu.
Pemantauan dibuat mendapati majoriti peniaga sudah tukar pembungkusan makanan kepada bahan mudah urai.
Beliau berharap dengan bantuan kerajaan negeri, pihak majlis dapat bekerjasama dengan syarikat pengeluar bekas makanan bagi menggantikan polistirena yang diguna secara meluas peniaga ketika ini.
“Nak hapuskan penggunaan polistirena kena ada produk pengganti, jadi kita harap boleh kerjasama dengan syarikat yang boleh keluarkan alat membungkus makanan boleh dikitar semula,” katanya.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/tak-boleh-guna-polistirena-1.407545