BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Man United Tahniah Garnacho Dapat Anak Pertama

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
FB_IMG_1696485927080.jpg


[ BMU - Informasi Pemain ]

Tahniah Alejandro Garnacho di atas kelahiran anak pertamanya semalam.

Pemain sayap Manchester United itu berkongsi berita gembira tersebut di media sosial baru-baru ini sambil mendedahkan gambar anak yang dinamakan Enzo Garnacho Garcia buat pertama kalinya.

Beberapa orang rakan sepasukan United turut memberikan respon dengan mengucapkan tahniah di hantaran Instagram rasmi milik pemain Argentina berusia 19 tahun itu.

Antara yang mencuri tumpuan adalah Hannibal yang mengucapkan, "Tahniah, PAPA."

Tidak kurang pula dengan pemain tengah, Sofyan yang menghantar emoji tepukan tangan 👏 tanda tahniah sebelum ditambah oleh Amad dengan kapsyen, "Projek Garnito 😍 ❤️❤️."

Pemain dipinjamkan ke United, Sergio Reguilon turut menulis: "Tahniah 👏👏❤️❤️."

Umum mengetahui Garnacho dan Eva telah menjalinkan hubungan sejak 2021 walaupun difahamkan bahawa mereka telah pun lama saling mengenali antara satu sama lain sebelum ini.

#BMU15 #BMU #GGMU #ManUtd #MUFC #ManchesterUnited
 
Back
Top
Log in Register