balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
SUNGAI SELISEK – Seorang penoreh getah warga emas terpaksa menahan kesakitan lebih lima jam di dalam ladang getah, Kampung Baung di sini sebelum dapat diselamatkan orang kampung.
Asarani Saman, 69, yang tergelincir ke dalam alur sungai ketika menoreh getah di ladang berkenaan kelmarin, mengalami keretakan pada tulang pinggul menyebabkan dia tidak dapat bergerak.
Menurut rakan mangsa yang pergi menoreh bersamanya, Ramnah Johari, 57, ketika kejadian dia bersama seorang lagi rakannya tidak berada bersama mangsa kerana menoreh getah di kawasan lain.
Bagaimanapun, mangsa yang sepatutnya berehat makan tengah hari tidak muncul-muncul dan mereka mengesyaki sesuatu terjadi pada mangsa.
“Menyedari Asarani tiada kami cuba mencarinya dan menemui dia terbaring menahan kesakitan di tepi alur sungai.
“Kami cuba menolong tetapi tidak mampu kerana kedudukannya berada di tebing dan kami bimbang turut tergelincir,” katanya yang segera mendapatkan bantuan daripada penduduk kampung.
Manakala, ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sungai Selisek, Ishak Ahmad yang ditemui semalam berkata, mangsa yang berasal dari Behrang Hulu, Perak pergi menoreh getah awal kelmarin.
Menurutnya, kejadian itu dipercayai berlaku antara jam 10 hingga 11 pagi namun mangsa hanya ditemui kira-kira jam 4 petang sebelum bergegas keluar mendapatkan bantuan.
“Tempat mangsa tergelincir hanya kira-kira 200 meter dari jalan utama tetapi kedudukannya yang berada di tebing sungai menyukarkan penduduk kampung membawanya naik ke atas.
“Saya terpaksa menghubungi bomba bagi membantu menyelamatkan mangsa memandangkan usaha kami bersama belia kampung untuk mengangkat dan mengeluarkan mangsa tidak berjaya,” katanya.
Ishak berkata, bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim tiba 4.20 petang.
Menurutnya, anggota bomba terpaksa menggunakan tali dan pengusung untuk membawa keluar mangsa.
Katanya, mangsa yang dipercayai mengalami keretakan pada tulang pinggul dikejarkan ke Hospital Slim River (HSR) untuk menerima rawatan.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/tahan-sakit-lebih-lima-jam-1.28959