balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Dua bas persiaran yang didakwa membawa ‘pengundi hantu’ ditahan penduduk berhampiran di IPD Sungai Siput, Ahad lalu.
Seorang lelaki didakwa warga Bangladesh (baju merah) dibawa oleh anggota polis ke IPD Sungai Siput.
SUNGAI SIPUT – Curiga dengan kehadiran tiga bas persiaran di Jalan Sp Seenivasagam berhampiran Masjid India Muslim di sini, menyebabkan penduduk berhampiran bertindak menahan bas terbabit, Ahad lalu.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, sekumpulan penduduk bertindak menahan bas berkenaan yang disangka membawa ‘pengundi hantu’ berasal dari Bangladesh untuk mengundi di Parlimen terbabit.
Namun, dalam kekecohan itu, penduduk menangkap seorang lelaki dipercayai warga asing yang dipercayai ditahan ketika menuruni bas terbabit.
Lelaki berusia 20-an yang fasih berbahaya Melayu itu mengemukakan salinan pasport ketika dikepung sekumpulan penyokong parti yang ingin mengetahui tujuan dia berada di kawasan tersebut.
“Dia berkata menaiki bas dari Melaka untuk menemui rakan dia yang berada di Sungai Siput. Tetapi dia gagal menghubungi rakannya,” kata seorang penduduk.
Bagaimanapun, lelaki itu berjaya dikeluarkan daripada kepungan sekumpulan penyokong apabila anggota polis membawanya menaiki van sebelum dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berhampiran.
Seorang penduduk, Mohd Rosni, 55, berkata, penduduk diberitahu oleh pemandu bas bahawa kenderaan itu membawa rakyat yang bekerja di Singapura dan Johor untuk mengundi.
“Agak pelik apabila pemandu bas terbabit gagal mengemukakan senarai penumpang jika benar mereka membawa pulang rakyat untuk balik mengundi sampai tiga bas. Ia menimbulkan curiga kepada penduduk,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian berkata, berdasarkan siasatan ketiga-tiga bas tersebut membawa penumpang dari Johor
Bahru yang merupakan pengundi berdaftar berasal dari Sungai Siput.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati bas yang ditahan ketika itu adalah kosong dan pemandunya berehat seketika di Masjid India Muslim, Sungai Siput.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/tahan-bas-pengundi-hantu-1.158099