Solat Tahajjud adalah satu solat yang ajaib.
Solat tahajjud umpama senjata, Kalau kita berkehendakkan sesuatu, hendakkan keselamatan diri sendiri, hendakkan keselamatan orang yang masih hidup ataupun orang yang telah meninggal dunia, ataupun mahu melepaskan diri daripada masalah yang tak dapat diselesaikan, menakutkan musuh, menundukkan musuh dan melemahkan hati musuh, ataupun mahu menang dalam melawan musuh.
Jangan salah faham. Solat tahajjud biasa pun boleh ampuh sekiranya dilakukan terus-menerus. Cara ini seolah-olah kita bubuh turbo dalam kereta.
Disini akan saya ajarkan mengenai Cara-cara untuk mendapatkan keampuhan solat tahajjud tahap maksima. Tahap Gaban.
1. Mestilah melakukannya berturut-turut, contohnya 3-4 hari sebelum urusan. Kalau melakukannya hari-hari tanpa urusan pun lagi bagus. Meninggalkannya tanpa sebab dikhuatiri akan menjejaskan keampuhannya.
2. Diawali dengan solat taubat,
3. Sewaktu kedua-dua solat hendaklah membaca surah dengan PERLAHAN-LAHAN, maknanya satu-satu. dengan betul. contohnya nak baca alhamdulillah, Alhamdulillaaahirobbil aaaalamiiiiiiiin. tak boleh baca cepat-cepat alhamdulillahirobbilalamin. Subhaanarobbiyal akla wabihamdih dan sebagainya BACA SATU-SATU perlahan-lahan jangan cepat. Biarkan lamanya antara kedua-dua solat dan zikir itu berjam-jam, sampai habisnya mendekati waktu subuh sebab dek lamanya. Lagi lama lagi bagus.
4. Keluarkan air mata semasa berdoa. Kalau tak keluar, paksa, fikir apa yang patut, contohnya fikirkan tentang kebesaran Allah dan lihat kelemahan diri sendiri.
5. Buat dengan SEPENUH HATI penuh pengharapan.
5. Menutup doa dengan selawat dan membaca SubhanallahWalhamdulillahWalaailahaIllallahWallahuakbar, Wala hawlawala, quwwata illa, billahil aliyyil aziiiiim.
6. Tidak boleh buat maksiat. Ini adalah pantang-larangnya. Melakukan maksiat akan menyebabkan solat tahajjud hilang kesannya SERTA MERTA.
InshaaAllah. Ampuh.
________________________