BTC USD 63,416.1 Gold USD 4,294.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tabung Persaraan Kedua dari CIMB

GlobalAmazing

Fun Poster
Messages
294
Joined
Jan 23, 2014
Messages
294
Reaction score
0
Points
10
1526593_749218965107363_468199680_n.jpg


Berikut merupakan keratan akhbar yang boleh kita fikirkan bersama2..

Hakikat persaraan sekarang sememangnya tidak mencukupi untuk menampung dana apabila kita bersara kelak..Duit dalam K**P dua ke tiga tahun pon dah bleh abis..
xkan dah tua2 nanti masih nak kena bekerja lagi tuk menampung kehidupan ketika bersara..

dalam artikel diatas juga, dimana pihak K**P sendiri memberi pesanan supaya kita perlu mempunyai dana persaraan yang mencukupi..

Baru-baru ini, Skim Persaraan Swasta (PRS) telah diperkenalkan sebagai salah satu alternatif untuk menambah baik taraf kehidupan warga Malaysia khususnya bagi mereka yang bekerja swasta ataupon berniaga sendiri dan juga kakitangan kerajaan selepas persaraan mereka nanti.

Skim persaraan swasta (PRS) yang mula ditawarkan kepada orang ramai pada penghujung tahun 2012. Ia merupakan satu skim pelaburan yang dibuat secara sukarela oleh pencarum nya. Skim ini bertujuan membantu rakyat Malaysia untuk membuat simpanan tambahan iaitu sebagai tabung persaan kedua dari dana persaaran yang sedia ada seperti K**P, Pencen dan sebagainya. Jangan pula keliru, PRS adalah berbeza dengan caruman mandatori yang dibuat dalam K**P
 
Objektif utama tabungan PRS adalah untuk memastikan setiap pencarum nya mempunyai simpanan dan aset kewangan yang mencukupi untuk kegunaan menjelang persaraan nanti. Idea mengenai PRS ini adalah hasil daripada cadangan yang dibuat oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) kepada Kerajaan Malaysia.
 
Dengan hanya memberi bukti pengenalan diri seperti kad pengenalan atau pasport, seseorang itu boleh membuka akaun PRS. Setelah akaun dibuka, mereka akan menerima nombor akaun dan kata laluan untuk digunakan setiap kali ingin melakukan transaksi dalam dana yang di carum.
 
Satu badan yang diberi nama Pentadbir Pencen Swasta (PPA) telah ditubuhkan dan berfungsi sebagai badan yang bertanggungjawab untuk menjadi penyimpan rekod bagi semua data transaksi pencarum. PPA juga berfungsi sebagai pusat penyelidikan hal-hal yang berkaitan dengan PRS di Malaysia. Di samping itu, PPA juga bertindak menjaga kepentingan ahli dan melindungi ahli dalam caruman PRS yang dibuat. Badan ini berfungsi selaku pemangkin untuk pelaksanaan PRS, di samping melaksanakan penggalakan dan memberi kesedaran umum tentang kepentingan PRS kepada orang ramai. Puan Zaiton Mohd Hassan telah diumumkan sebagai Pengerusi Pentadbir Pencen Swasta yang pertama, bersama Ahli Lembaga Pengarah yang lain iaitu Datuk Nozirah Bahari; Datuk Dr. R. Thillainathan; Ou Shian Waei dan Ahmad Zakie Ahmad Shariff yang telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui Pentadbir Pencen Swasta ini.
 
dana yg kita buka akaun melalui skim persaraan swasta ini akan diinvest dalam dana2 terbaik CIMB yang boleh beri pulangan yang lebih tinggi lebih 10% setahun
 
Hidup selesa semasa bersara..
tapi kena ada plan & action dari sekarang..
boleh start buka akaun PRS melalui saya untuk kesejahteraan hari persaraan kelak..
 
1501768_759406597421933_559744006_n.jpg


rancang persaraan kita bermula dari sekarang untuk mengelakkan krisis kewangan apabila bersara nanti..

penyelesaiannya adalah..kita boleh start menabung dalam skim persaraan swasta (PRS) dari CIMB Principal Asset Management..
sikit2 lama jd bukit..tuk explaination lebih details boleh terus contact saya seperti no yg tertera di siggy..
 
PRS.png


Skim persaraan swasta (PRS) adalah salah satu alternatif saranan kerajaan demi untuk membantu rakyat Malaysia khususnya yang bekerja swasta, menghadapi hari-hari sukar selepas persaraan. Bagi mereka yang berminat untuk mencarum, maka tetapkan matlamat persaraan anda. Daripada situ, anda mungkin sudah boleh memilih Penyedia PRS iaitu CIMB Principal Asset Management dan dana yang patuh syariah. Perlulah diingatkan sekali lagi betapa pentingnya untuk menyimpan wang sebagai persiapan apabila bersara kelak. Persiapan persaraan yang mencukupi amat penting bagi memastikan seseorang itu dapat hidup dengan tenang dan sejahtera selepas persaraan nanti.
 
Back
Top
Log in Register