BTC USD 80,892.5 Gold USD 4,393.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tabung Ekonomi Belia

hurm...aku dah apply...and dah pg exam saringan..and dah lulus...tp dah dekat 3-4 bulan lepas la..tak panggil2 pon pegi kursus..huhu.. takkan scam gak kot.....bila tipon dorang...dorang kata tunggu nnt dorang akan call pggl kursus..ai...mcm mana nk tlg org...huhu
 
lamanya.... kalo 3 bulan lepas tak dpt2 lagi.. kalo yg baru ntah bile laa ye baru dpt :o :o #:-S #:-S

kami bukan mau tolong, kami cuma mau suruh tolong "tunggu"
 
hurm...aku dah apply...and dah pg exam saringan..and dah lulus...tp dah dekat 3-4 bulan lepas la..tak panggil2 pon pegi kursus..huhu.. takkan scam gak kot.....bila tipon dorang...dorang kata tunggu nnt dorang akan call pggl kursus..ai...mcm mana nk tlg org...huhu

ko belum baca citer ni kot..

Utusan Malaysia, 11/01/08

Tagih janji Kami Nak Tolong

BEBERAPA keluhan pembaca dalam ruangan Forum, Utusan Malaysia sebelum ini berkaitan kerumitan memohon pinjaman daripada institusi kewangan kerajaan, menarik perhatian saya.

Saya sendiri mempunyai pengalaman yang sama memohon pinjaman daripada badan berkenaan yang kononnya bertujuan menolong dan memudahkan bumiputera sama ada memulakan perniagaan atau menambah pusingan modal.

Saya tidak rasa pelik kalau mereka yang memohon untuk memulakan perniagaan menghadapi pelbagai kerenah birokrasi kerana saya sendiri pernah dilayan umpama ‘pengemis’.

Apa sudah jadi? Mana ketelusan pengurusan? Kerana tertarik dengan sebuah iklan “Kami bukan Ah Long, Kami Cuma Nak Tolong’’ saya pun mendaftarkan diri untuk memohon pinjaman melalui program berkenaan.

Saya telah mendaftar pada Julai 2007 dan dipanggil menghadiri peperiksaan penilaian pada awal Oktober.

Sehingga ke hari ini, langsung tiada panggilan dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, mengenai status permohonan. Apa yang saya diberitahu, saya telah lulus ujian saringan dan layak untuk mengikuti kursus sebagai persediaaan dan salah satu proses untuk melayakkan saya membuat pinjaman. Bayangkanlah, untuk memohon pinjaman, saya menunggu hingga setengah tahun, itu pun belum pasti dapat atau tidak.

Enam bulan saya menanti, kalau dengan Ah Long, bukan sekadar enam hari, enam jam pun sudah lulus.

Saya tidak tahu berapa ramai lagi belia yang bersemangat untuk menceburi bidang perniagaan turut mengalami nasib seperti saya. Sehingga ke hari ini, saya masih ternanti-nanti panggilan yang entah tahun bila akan selesai urusan permohonan saya.

Kepada kementerian berkenaan, kalau tidak mampu untuk melaksanakan program yang dirancang, janganlah buat kami mengharap dan ternanti-nanti.

Baru-baru ini, saya mencuba pula dengan skim pinjaman Tekun. Hasilnya juga mendukacitakan saya.

Sedangkan saya mahu menambah modal, bukan memulakan perniagaan. Saya pun tidak tahu sampai bila senario sebegini membelenggu rakyat.

– PENIAGAWATI,

Teluk Panglima Garang,

Selangor.
 
hoho...ada jugak org senasib ngn aku..haha... tu la pasal.. aku siap dapat surat pengesahan lagi kata dah lulus..cit...takkan gomen pon maen scam scam gak..huhuhu...bkn along kunun..ni dah angah dgn achik dah ni...huhu
 
Attachments

  • 73.6 KB Views: 45
Back
Top
Log in Register