BTC USD 61,235.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tabah jaga dua anak lumpuh

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Sharina (kanan) bersama anak-anaknya mencuba kerusi roda baharu yang disampaikan oleh Zamrin (kiri).​

LUKUT - Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, itulah yang terpaksa ditanggung seorang ibu, Sharina Saari,44, apabila kedua-dua anaknya Mohammad Daniel Fitri Zulkifli, 18, dan Muhammad Alif, 15 disahkan lumpuh kerana menghidap sakit saraf.

Menurut Sharina, kedua-dua anaknya membesar seperti kanak-kanak lain tetapi ketika mereka berumur 10 dan sembilan tahun, kedua-dua kakinya mengecil serta membengkok.

"Disebabkan keadaan seperti itu, mereka sering terjatuh setiap kali berdiri atau berjalan. Keadaan menjadi semakin teruk dari hari ke hari sehingga mereka menjadi lumpuh," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Springhill di sini.

Tambahnya, selepas beberapa kali rawatan dilakukan doktor pakar mengesahkan kedua-dua anaknya penghidap penyakit saraf dan memang sukar untuk sembuh.

"Saya dan suami reda dengan takdir ini, saya yakin ada hikmah di sebaliknya. Walaupun sebenarnya ia sangat meruntun hati lebih-lebih lagi ketika doktor memberitahu umur mereka tidak panjang.

"Setiap hari dan setiap waktu saya akan berdoa untuk melihat mereka kembali sihat. Saya dibantu suami menguruskan mereka dan jika suami bekerja saya menggagahkan diri memenuhi keperluan mereka sebaik mungkin seperti mandi, makan termasuklah ketika mereka buang air," katanya.

Sharina menambah, anak bongsunya, Muhammad Akmal, 10, setakat ini tidak menunjukkan simptom penyakit seperti kedua-dua abangnya.

"Alhamdulillah setakat ini dia sihat dan membesar seperti rakan-rakannya yang lain. Doa saya setiap hari supaya dia akan terus membesar dengan sihat dapat pergi ke sekolah, melanjutkan pelajaran ke universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik," katanya.

Dalam pada itu, Sharina menzahirkan rasa syukur kerana menerima sumbangan dua buah kerusi roda daripada Umno Bahagian Telok Kemang yang disampaikan Ketua Cawangan Umno Bandar Springhill, Zamrin Jabor.

Menurutnya, sumbangan ini sangat diperlukan kerana ia akan memudahkan pergerakan anaknya dan dia boleh membawa mereka bersiar-siar keluar rumah.

Sementara itu, Zamrin berkata, sumbangan yang diberikan itu bagi meringankan beban keluarga berkenaan dan berharap ia mampu memberi sinar kegembiraan.

Untuk rekod, kedua-dua anak Sharina adalah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 seorang sejak tahun 2011 lagi.
 
Back
Top
Log in Register