RMteam
Legendary Member

- Messages
- 19,597
Paid Membership
- Joined
- Nov 20, 2006
- Messages
- 19,597
- Reaction score
- 90
- Points
- 125
Hijrah Remaja 05/08: Dosa&Pahala/Sukan/Fesyen&Hiburan
double click kat video dan tengok kat YouTubeFollow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.






Ustaz Hj Akil - Very Interesting! - tak baca rugi tauu!!!
> Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
> Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
> Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
> Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
> Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
> Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
> Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
> Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
> Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.
> TETAPI AWAS,
> Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan
> naik bertingkat-tingkat.
> Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
> Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula
> mengubah tabiat.
> Apabila manusia telah mengubah tabiat,ada yang jadi lalat ada yang jadi
> ulat.
> Apabila manusia dah jadi ulat,sembahyang makin hari makin liat.
> Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
> Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
> Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
> Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla
minyak gamat.
> Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
> Semua nak tunjuk kuat.
> Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
> Tapi hidup pula yang melarat.
> Tali kasut dah tak berikat.
> Rambut pun jarang sikat.
> Yang perempuan,
> Pakai mini sekerat.
> Suka pakai baju ketat... (apa dapat...)
> Suka sangat menunjukkan pusat.
> Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
> Pakai pulak yang singkat-singkat.
> Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
> Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
> Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
> Duduk jauh berkirim surat.
> Bila berjumpa, tangan berjabat.
> Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
> Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
> Usah peduli agama dan adat.
> Usah takut Allah dan malaikat.
> Yang penting apa kita nak buat?
> Kita 'bukti' lah kita buat.
> Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
> Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
> Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata
> tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
> Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
> Habis manusia telah tersesat.
> Inilah dia fenomena masyarakat.
> Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat, Marilah kita pakat mengingat,
> Bahawa dunia hari ini makin singkat, Esok atau lusa mungkin kiamat, Sampai
> masa kita semua akan berangkat! .
> Berangkat menuju ke negeri akhirat.
> Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
> Masa tu, send i ri mau ingat.
> Umur mu banyak mana , berapa banyak kamu buat ibadat...?
> Zaman muda mu, apa yang telah ka mu buat...?
> Harta benda anda, dari mana anda a dapat...?
> Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
> Sebagai sesama insan sama2lah ingat mengingati sesama insan!!!
> Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat
dan
> memperbanyakkan ibadat.
> (Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.
> Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan
sahabat
> handai kita agar masyarakat kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan
> sahaja maju dari segi duniawi malah ukhrawi. Insya-Allah...
> Takbir!!!!!!!
> (Allahhuakbar!Allahhuakbar! Allahhuakbar!)



