BTC USD 63,489.3 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syura ada 'sugar daddy'?

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Syura ada 'sugar daddy'?

Share


Tweet


SYURA Badron

SYURA Badron
Syafil Syazwan Jefri
[email protected]

"Saya tak perlu pun 'sugar daddy' untuk buat perniagaan. Saya pakai duit simpanan untuk buat semua ini,".

Itu jawapan balas penyanyi, Syura Badron selepas ditanya samada dia ditaja oleh 'sugar daddy' untuk membuka perniagaan.
Syura berkongsi tangkap layar mesej daripada individu yang tidak dikenali di Instagram yang meluahkan perasaan sedih tatkala dihentam dengan fitnah itu.
"Bukan niat nak mengadu, hanya sekadar luahan perasaan yang sangat sedih bila difitnah macam ni. Rezeki saya dalam bidang seni tidak menyebelahi saya. 'Kabel' pun tak ada.
"Tapi saya tak putus asa. Macam-macam yang saya buat. Berlakon, melawak, pengacaraan, semua saya buat," katanya.
Menurut Syura, dia juga sedar akan kedudukannya di dalam industri dan hanya berjuang untuk mencari rezeki halal.
"Saya sedar kedudukan saya dalam industri ini. Tapi, sekurang-kurangnya saya berjuang untuk mencari rezeki. Bukan ambil cara mudah dengan dapatkan duit daripada 'sugar daddy'.
"Saya masih bertatih dalam bidang perniagaan. Mendoakan lebih baik daripada memfitnah seperti ini. Tak apalah. Kata-kata awak tak menjadi kudis pun untuk saya. Terima kasih," katanya.
Bagi mengubat hatinya yang terluka dengan fitnah daripada individu itu, beberapa jam lalu, Syura memuat naik video khas untuk mereka yang suka menyebarkan fitnah.
"Video ini khas untukmu yang suka memfitnah, suka berburuk sangka dengan orang!" tulisnya di ruangan kapsyen.
Video lucu itu diulang tonton lebih 24,000 tontonan di samping menerima ratusan komen daripada pengikutnya di platform itu.
 
strategi barangkali......
 
Syura ni bukan yang MASTERCHEF tu ka? apasal lain beno mukanya?
 
marketing murahan je ni....mujur la comey...
 
mmg strategi nak lariskan nama.

mungkin dia upah wartawan sampah dari harian metro.

eh geram betul aku journalisme mcm ni, takde kualiti langsung. semua cilok ig, fb, tweet orang.

mcm aku nak penampar je wartawan2 mcm ni.
junior aku masa sekolah menengah ni....
 
Back
Top
Log in Register