ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
TEMERLOH - Hasrat pasangan peniaga kecil untuk melihat anak lelakinya menyambung pengajian ke Amerika Syarikat akhirnya berjaya selepas menerima bantuan daripada Umno.
Abd Aziz Hassan, 59, berkata, anak keempatnya, Zuhair, 20, yang pernah dibantu warga Temerloh dua tahun lalu mendapatkan belanja untuk menyambung pengajian ke universiti kini menerima tawaran lanjutan pengajian Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Utah, Amerika Syarikat.
"Saya bersyukur dengan sumbangan yang diberikan warga Temerloh sebelum ini dan kini menerima pula sumbangan daripada Umno untuk ke Amerika Syarikat," katanya ketika ditemui semasa rombongan Penyelaras Dun Kuala Semantan diketuai Datuk Nor Azmi Mat Ludin menyampaikan sumbangan bantuan perbelanjaan Zuhair ke Amerika Syarikat yang akan berangkat ke sana 11 Ogos ini.
Menurutnya, empat anaknya berjaya melanjutkan pengajian ke universiti awam dalam dan luar negara walaupun pendapatan dia dan isteri Juninah Hadi, 55, sebagai peniaga pasar tidak seberapa.
Dia berkata, kejayaan itu adalah berkat dorongan penduduk kampung dan Umno yang banyak membantu keluarganya selama ini.
Sementara itu, Zuhair mengucapkan terima kasih kepada semua yang menderma untuk perbelanjaannya menyambung pengajian sementara menunggu wang biasiswa daripada JPA.
Dalam pada itu, Datuk Nor Azmi Mat Ludin berkata, bantuan itu sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan Zuhair di Amerika Syarikat nanti.
"Kita juga akan menjadikan Zuhair sebagai anak angkat dan bersedia membantu sehingga dia berjaya nanti," katanya.