BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syor perlu diteliti

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,848
Points
196
Syor perlu diteliti


KUALA LUMPUR: Hasrat murni kerajaan untuk mendidik masyarakat menerusi pengenaan saman dan kompaun secara serta-merta perlu diperhalusi dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak bagi mengelak ia menjadi ‘bahan mulut’ orang ramai selepas dikuatkuasakan.

Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abd Rahman berkata, pihaknya bersetuju sekiranya cadangan berkenaan dilaksana untuk mendidik masyarakat lebih menghormati undang-undang dan mematuhi peraturan jalan raya. Namun, katanya, biarlah cadangan berkenaan benar-benar dikaji dengan mendalam termasuk objektif sebenarnya untuk menghukum pesalah lalu lintas khususnya tegar tercapai, sekali gus tidak membebani mana-mana golongan.


“Isu-isu begini, ia membabitkan banyak kepentingan dan tidak boleh dilaksana dalam keadaan tergesa-gesa, kena kaji dengan mendalam terlebih dahulu dan yang penting mendapat maklum balas daripada banyak pihak khususnya yang mewakili pengguna seluruh negara.

“Kita tak mahu apabila dikuatkuasakan nanti akan menjadi bahan tidak puas hati orang ramai, kerana banyak yang begitu. Peruntukan dilaksana, tetapi tidak mendapat persetujuan ramai pihak, ada golongan membangkang daripada bersetuju.


“Tak mahulah begitu kerana akhirnya, biarlah sistem yang kerajaan laksana memberi keadilan kepada pengguna. Itu harapan kita,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.


Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan Harian Metro semalam mengenai kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam (SKMTPA), Tun Zaki Azmi mengenai cadangan saman dan kompaun serta merta dikenakan kepada orang ramai yang melakukan kesalahan jalan raya.

Zaki dilaporkan berkata, sekiranya pengguna jalan raya tidak membayar saman ketika itu, kenderaan mereka akan ditahan pihak berkuasa, manakala mereka yang meletakkan kenderaan sesuka hati akan dikunci.


Katanya juga, cadangan itu dikemukakan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk mengatasi masalah pengguna yang tidak membayar saman selepas dikompaun, sekali gus mendidik mereka memandu secara berhemah.

Mengulas lanjut, Mohd Yusof berkata, pengguna jalan raya terbahagi kepada banyak kategori dan golongan pesalah tegar adalah kelompok yang perlu didisiplinkan terlebih dulu, berbanding pihak lain.


“Bukan semua orang suka hati melanggar peraturan kerana ada yang terpaksa atau dalam keadaan mendesak. Jadi tak wajar jika mereka yang sangat jarang melanggar peraturan ini pun dikenakan tindakan sedangkan pesalah tegar tidak berjaya didisiplinkan,” katanya.





sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Syorperluditeliti/Article/index_html
 
Back
Top
Log in Register