BTC USD 62,356.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syirik atau tidak ?

tt aku dulu ramai jugak mak aku reject...

salah satu sebabnya awek tu tua 2 tahun...aku check rupanya abg dia yg kawin dgn perempuan tua kena control oleh makcik aku tu...jadi mak aku x setuju.

lepastu awek aku muka mcm mawar isteri fizo omar pun mak aku reject yang tu aku frust sgt...mak aku cakap muka garanglepas tu orang penang ni mmg kasar sikit

ramai lagi lah ...

sekarang aku dah kawin anak 2... mak aku setuju sebab muka dia ni lembut n sopan..

pandangan aku kadang2 orang tua ni mungkin boleh rasa keserasian utk anak dia yang dia kandung 9 bulan 10 hari...nasihat aku kawin lah yang dapat restu dari orang tua....n kalau btul2 kau rasa awek kau btl2 blh amik hati mak kau apa lagi proceed je...kena tau cara nak tackle mak mertua...jgn tackle bagi jatuh pulak hehehehe....
 
aku xde plak pengalaman mcm TT....
semua yg aku bwk balik ok jerk cuma yg ke 6 baru bebetul jodoh.....
bab jodoh ni mak suke ke x suke ke kalau ade x kemana......
kalo suke awek tu cuba la yakinkan dia....suh awek tu amik hati mak TT......pompuan kalo dia dah sygkan lelaki ape2 pun sgup dia buat..... takat amik hati bakal mak mertua xkan la xleh buat.....
 
muka takleh jadikan panduan,,,ada orang muka macam down sindrom tapi sebenarnya dia professor:))
 
cuba ambik contoh bilal bin rabah (sahabat nabi) muka tak ensem, hitam pulak tu tapi dapat jaminan syurga.

adakah Allah menilai dari rupa paras? tentunya tidak
 
muka takleh jadikan panduan,,,ada orang muka macam down sindrom tapi sebenarnya dia professor:))

ya betul tu... aku dah kena kes macam ni, attend mtg dgn JKR, ada seorang akak muka down sindrom dlm hati aku org sakit mana plak ni kat dalam bilik mtg ni...sekali dia Pengarah jabatan tu. Aku nak kena menjawap dgn muka down sindrom td...:((:((. Jangan menilai org dari luaran.
 
cuba tgk agamanya cm ner.klo agamanya baik inshaAllah perangai pn baik

muka wanita tu bengis sbb belum kawin kot..cuba bila dah kawin dgn TT
lembut dan ayu bagai sutera nnti
 
Rupa paras ni ciptaan tuhan yg esa. Siapa kita nak tentukan sifat org melalui fizikal ye tak? Kalau fizikal jadi alasan, mmg tak patut la. Salah la kot prinsip emak tu.

Tapi kalau alasan lain, kuat bomoh ke, anak dah kene sihir ke (melalui pengalaman emak, emak pandai tengok2 atau scan, atau mak mmg dah pi jumpa ustaz) tu lain cerita la. Mungkin die melindungi anak die. So kukuh la alasan tu..

Pendapat saya.
 
Tips sy simple aja, Tapi dengan Keizinan Allah, itulah yg saya dapat.

Perkahwinan adalah sesuatu yang mulia dan ianya adalah fitrah manusia. Cuma yang diharapkan adalah semoga umur perkahwinan itu sampai dihujung nyawa.Peranan Tanggungjawab selepas berkahwin adalah besar. Ikatan perkahwinan bukanlah antara kita dan calon tu sahaja tetapi juga dengan kedua2 keluarga.

Untuk cara terbaik, Bermohon dan berkata2lah dengan Zat Tuhan yg bernama Allah untuk memberi petunjuk samada calon itu sesuai untuk anda dan keluarga anda. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui, Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Berkuasa, Maha Berkehendak, Maha Berkata-kata dan Maha Hidup. Allah pasti akan memberi petunjuknya dengan izinNya jua. Cuma perception kita telah membuatkan kita lalai dari memngingati keMaha Kuasaan Allah itu.

Berdampinglah sentiasa dengan Zat Tuhan yang bernama Allah. Selalunya kita akan mengingati Allah hanya dalam Solat, itu pun kunci yg hilang masih boleh diketemukan dalam solat.

Semoga bermanfaat.
 
Back
Top
Log in Register