BTC USD 62,574.0 Gold USD 4,440.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syiling emas peringati kemenangan PH dilancar

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
D2ZeRiMVYAUdeGn.jpg

g0qNm9ri

Syiling emas 999 seberat 0.1 gram dijual pada harga hanya RM160 sahaja.

KUALA LUMPUR 24 Mac - Koleksi syiling emas telah dilancarkan sebagai memperingati kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan kejayaan parti itu diangkat menjadi kerajaan.

Majlis pelancaran yang diadakan di sini semalam dihadiri oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof.

Semasa berucap dalam majlis pelancaran tersebut, Mohd. Redzuan yang merupakan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, kejayaan PH memenangi PRU-14 merupakan detik yang cukup istimewa dengan majoriti rakyat berkongsi keyakinan politik untuk melakukan perubahan dan membuka lembaran baharu dalam senario politik negara.

“Hari ini, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan tokoh yang sedang menikmati pengiktirafan dan penghormatan tinggi masyarakat antarabangsa. Kejayaan menerajui semula kerajaan buat kali kedua adalah sejarah politik yang luar biasa dan diakui masyarakat dunia.

"Saya cukup yakin dengan strategi pemasaran yang berkesan, syiling peringatan ini bukan sahaja boleh dimiliki oleh rakyat Malaysia, malah mampu menarik perhatian peminat antarabangsa," katanya dalam majlis tersebut, menurut kenyataan yang diberikan oleh Setiausaha Akhbarnya, Muhammad Mahathir.

Pengeluaran koleksi syiling itu yang mempunyai ukiran wajah Dr. Mahathir dan logo-logo parti komponen PH diusahakan oleh sebuah syarikat, Puncak Julung Enterprise dan dijual pada harga RM160 dengan ketulenan emas 999 seberat 0.1 gram.

Tambah Mohd. Redzuan, fokus Perdana Menteri dan kerajaan mutakhir ini terarah kepada usaha mengembalikan kedudukan Malaysia sebagai 'Harimau Asia' yang dihormati.

"Usaha memperkasa ekonomi dan mensejahterakan kehidupan rakyat sedang dan akan terus diikhtiarkan oleh pihak kerajaan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Puncak Julung Enterprise, Datuk Mohd. Rodhi Abd. Hamid menganggap pelancaran syiling peringatan itu mampu menggalakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Kejayaan Dr. Mahathir menerajui kemenangan dalam PRU-14 adalah sejarah yang wajar diingati oleh rakyat Malaysia. Syiling peringatan khas ini boleh dijadikan kenangan yang dikongsi bersama generasi akan datang," katanya.

Mereka yang berminat untuk memiliki syiling peringatan tersebut boleh melayari laman web rasmi https://tunmcc.com.my/ untuk membuat pembelian bermula semalam.


http://www.utusan.com.my/berita/nas...kemenangan-ph-dilancar-1.868524#ixzz5j4G2ULNI
 
The launching tu leh tukar ejaan dia

Kena ada sekali syiling emas utk memperingati UMNO..
 
Syiling emas kemenangan PH mampu tarik minat masyarakat antarabangsa

image.jpg

Mohd Redzuan Yusof (kanan) bersama Mohd Rodhi Abd Hamid (tengah) ketika melancarkan koleksi syiling peringatan sempena kemenangan Pakatan Harapan di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR 24 Mac - Koleksi syiling peringatan emas sempena kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) berpotensi menarik minat masyarakat antarabangsa, kata Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof.

Katanya, kejayaan PH memenangi PRU14 merupakan detik yang cukup istimewa yang mana majoriti rakyat berkongsi keyakinan politik untuk melakukan perubahan – dan membuka lembaran baru dalam senario politik Malaysia.

“Hari ini, (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir merupakan tokoh yang sedang menikmati pengiktirafan dan penghormatan tinggi masyarakat antarabangsa. Kejayaan menerajui semula kerajaan buat kali kedua adalah sejarah politik yang luar biasa dan diakui masyarakat dunia.

“Saya cukup yakin, dengan strategi pemasaran yang berkesan – syiling peringatan ini bukan sahaja boleh dimiliki oleh rakyat Malaysia, malah mampu menarik perhatian peminat antarabangsa,” katanya ketika melancarkan koleksi syiling peringatan itu di sini.

Koleksi Syiling Peringatan Emas Tun Dr Mahathir Mohamad ini diusahakan oleh syarikat, Puncak Julung Enterprise.

Syiling tersebut dijual dengan harga RM160 (ketulenan emas 999 seberat 0.1 gram).

Kata Mohd. Redzuan, fokus Perdana Menteri dan kerajaan kini terarah kepada usaha mengembalikan kedudukan Malaysia sebagai “Harimau Asia” yang dihormati.

Oleh itu katanya, Usaha memperkasa ekonomi dan mensejahtera kehidupan rakyat sedang dan akan terus diikhtiarkan oleh pihak kerajaan.

Sementara itu, Pengerusi Puncak Julung Enterprise, Datuk Mohd Rodhi Abd Hamid berkata, syiling peringatan ini mampu menggalakkan semangat patriotik dalam kalangan warga Malaysia.

“Kejayaan Tun Dr Mahathir menerajui kemenangan dalam PRU-14 adalah sejarah yang wajar diingati oleh rakyat Malaysia.

"Syiling peringatan khas ini boleh dijadikan kenangan yang dikongsi bersama generasi akan datang,” ujarnya.

Mereka yang berminat untuk memiliki syiling peringatan tersebut boleh melayari laman web rasmi – https://tunmcc.com.my/ untuk membuat pembelian bermula berula 23 Mac.


http://www.utusan.com.my/bisnes/eko...-komuniti-antarabangsa-1.868538#ixzz5j4KW6sTo
 
Waste of money. Better give the fund to chinese schools
 
kosng perpuluhan satu gram ( 0.1 )
kadar emas hari ni kat Malaysia

Gold Price per Gram:
171.63

+1.45

0.1 gram ni rasanya kecik..yang selalu orang jual direct selling emas bagi free /masa sign up membership
 
0.1gram???

dia salut ke apa??
 
Back
Top
Log in Register