BTC USD 61,993.3 Gold USD 4,470.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syiah di Selangor membimbangkan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
SHAH ALAM – Ajaran Syiah di Selangor dikatakan agak membimbangkan memandangkan jumlah pengikut fahaman itu semakin ramai di negeri tersebut.

Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin berkata, ini kerana, Selangor merupakan lokasi yang menjadi pusat pertembungan dengan negeri lain dan turut menjadi tumpuan orang ramai mencari sumber pendapatan.

“Mereka datang dari pelbagai daerah, tapi cari sumber pendapatan di negeri ini. Setakat ini, perkembangan Syiah di Selangor masih terkawal. Pihak Penguatkuasaan, Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Jais sentiasa melakukan pemantauan berkaitan ajaran Syiah.

“Jais tidak mempunyai rekod yang tepat berkenaan bilangan ahli pengikut Syiah sekarang.

Bagaimanapun, menerusi beberapa siri tangkapan dilakukan, bilangan ahli Syiah dianggarkan kira-kira 300 orang,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkembangan ajaran Syiah di Selangor.

Marzuki berkata, pada tahun ini, sebanyak lima aduan berhubung perkara itu direkodkan dan pihaknya juga berjaya mengenal pasti lokasi tersebut.

“Dalam serbuan terbaru, seramai 118 orang dipercayai ahli Syiah ditahan di UK Perdana, Ampang dan Bandar Sri Gombak, Batu Caves,” katanya.

Bagi mengatasi masalah itu, katanya, Jais mengambil beberapa pendekatan antaranya menerusi khutbah Jumaat berkaitan pengharaman ajaran Syiah dan memberi penerangan kepada semua pegawai masjid berhubung perkara itu.

“Bahagian R&D Jais turut memantau pergerakan dan tempat- tempat baru berkaitan Syiah dan pihak penguatkuasa akan mengambil tindakan sekiranya terdapat sebarang aduan berkaitan Syiah.

“Pemantauan dan halangan publisiti berkaitan iklan Syiah juga dilaksanakan. Jais pernah jalankan serbuan tiga kali semasa program sambutan kelahiran Fatimah az-Zahra di Sri Gombak sebelum ini, selain menghantar surat amaran kepada radio supaya tidak menyiarkan sebarang iklan berkaitan ajaran ini,” katanya.

Menurutnya, tindakan tegas akan diambil jika didapati individu itu merupakan pengikut Syiah dan mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 12 (c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor No 9 Tahun 1995 iaitu berkaitan kesalahan menghina pihak berkuasa agama (mufti).



sumber;http://www.sinarharian.com.my/syiah-di-selangor-membimbangkan-1.186024
 
selain khutbah Jumaat
jais perlu lebih rajin turun bersemuka dengan umat Islam
diberbagai tempat tumpuan ramai untuk menjelaskan bahaya syiah
 
kat mana plak kubu syiah area selangor ni?
terkejut aku dgr statement ni
 
Serbuan terbaru tu bila? Semalam? 118 orang tu nak counter ratusan ribu lagi bleh ker?

Kalau dah tau, kuatkuasa la lebih sket. Asyik perati statistik aje pun tak bleh. Kasi redah betul betul..
 
kt dlm CG ni pun dah berlambak2 dah, maybe ada dr Selangor
 
ada markas syiah kat gombak... kat youtube ada videonya
 
Orang awam pon kenelah bantu JAIS dlm operasi mereka...
 
kubu Syiah dekat Batu Caves? Hah cantekk la tu, kena dengan tokong tuh
 
Back
Top
Log in Register