BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syiah boleh dipercayai?

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu`alaykum warahmatullahi wabarakatuh



Nadali Gem's

Pengalaman Aku Belajar di Iran: Kebenaran Tentang Ali Khamenei
Ramai minta aku ulas pandangan seorang saudari Munirah Syed Abu Bakar yang balik melancong ke Iran. Katanya Iran aman, Syiah tak seperti digambarkan propaganda, tak mengkafirkan sahabat, Sunni dan Syiah tak ada masalah pun.
Dan entah macam mana, pengalaman beberapa hari itu terus diangkat jadi dalil besar. Baik. Sebelum aku jawab, aku perkenalkan diri dulu. Aku bukan tengok dari google. Aku pernah jadi aktivis Syiah. Aku belajar di Qom, Iran melalui jaringan Al-Mustafa International University di bawah kepimpinan Ali Khamenei.
Bukan tu je, bahkan aku pernah jadi muqallid kepada Ali Khamenei. Fiqh beliau aku telaah bertahun-tahun dalam kelas dengan guru fiqh aku yang aku panggil " Ostad Sardar".
Jadi aku bercakap ni berdasarkan pengalaman aku di Iran.Pertama sekali, aku tak nafikan Iran negara yang ada maruah. Kalau diserang, mereka lawan. Sejarah mereka dengan Barat memang pahit. Mohammad Mosaddegh cuba nasionalisasikan minyak, akhirnya digulingkan melalui rampasan kuasa yang disokong CIA dan British tahun 1953. Dari situ lahir jiwa anti-penjajahan Republik Islam. Itu realiti sejarah.
Aku memang hormat ketegasan Iran bila berdepan pencerobohan. Soal kedaulatan negara, siapa pun yang lawan hegemoni Yisrayel-AS, aku akan sokong dari sudut itu.
Kalau esok Korea Utara sekalipun yang berani cabar kuasa besar, prinsip aku sama tetap sama. Bahkan aku bersetuju kepada perlunya perpaduan politik bersama dengan Iran.
Tapi jangan cuba jadikan pendirian geopolitik itu sebagai lesen untuk putihkan akidah Syiah Imamiah. Sokong tindakan ketenteraan tak bermaksud aku wajib tunduk kepada manhaj teologi mereka.
Semalam dah disahkan yang Ali Khamenei mati dalam serangan Yisrayel. Jujur aku cakap. Aku kagum dengan Khamenei kerana beliau keras dengan pendiriannya sehingga mati dibunuh.
Masa aku syiah dan belajar di Qhom, aku taqlid pada beliau dalam fiqh. Dalam Syiah, taqlid bukan suka-suka. Orang awam wajib pilih seorang marja‘ dan ikut dia dalam hukum.
Bukan macam Sunni yang ada mazhab dan ruang perbincangan lebih terbuka. Dalam Syiah, muqallid terikat pada individu macam pak turut yang tak tau apa apa. Dan dalam sistem Wilayat al-Faqih, individu itu juga pegang kuasa politik tertinggi negara.
Agama dan negara duduk bawah satu kepala. Dulu aku pertahankan Syiah habis habisan. Macam.macam usaha aku buat, utk syiah diiktiraf dan mendapat hak sama rata dengan Sunni di Malaysia.
Aku cukup marah bila ustaz-ustaz Sunni kritik Syiah. Aku rasa mereka tak faham. Tapi bila aku belajar syiah lebih mendalam di Iran. Baru lah aku faham yang sebenarnya kenapa JAKIM, PDRM sungguh sungguh lawan syiah.
Aku terus terang. Fatwa Ali Khamenei adalah satu satu puncanya. Kerana fatwa Ali Khamenei lah yabg membuka ruang untuk syiah dilabel sesat. Fatwa dan pendekatan arus perdana inilah yang akhirnya menyebabkan Syiah dipinggirkan.
Ramai suka gambarkan Khamenei sebagai Syiah “pertengahan”. Kononnya beliau tak benarkan laknat sahabat. Betul, tapi beliau hanya larang penghinaan secara terbuka. Bukan pengharaman mutlak.
Soal mutaah pula, Khamenei bersetuju bezanya syarat diberikan beliau, agak ketat sikit kerana perlu izin wali dulu untuk buat mutaah. Contohnya abang salim nak tidur dengan salmah 1 malam. Boleh, dengan syarat perlu dapatkan izin wali Salmah dulu sebelum hubungan tu jadi halal. Ada pula pendapat yang cakap tak perlu.
Dan ini juga pandangan 7 marja' Agung syiah yang diiktiraf oleh Badan Jameeh Modarresin. Badan ni kira macam JAKIM di Iran yang menentukan autoriti seseorang Ulama besar syiah.
Tapi soalan mudah aku nak tanya:
Kalau benar tiada laknat, kenapa Ziyarat Ashura masih dibaca dan digalakkan setiap tahun?
Aku hafal doa ni dulu bahkan sampai sekarang masih ingat. Sebab masa di Iran, memang aku rajin baca dan amalkan teks ziarah ashura.
Dalam teks ni ada ucapan laknat terhadap 3 sahabat Nabi yang dijamin syurga.
Kalau benar mahu kesatuan sebenar, kenapa teks itu tak direformasi?
Kenapa tak diperbetulkan secara terbuka?
Kenapa hanya larang secara senyap, tapi tradisi kekal?
Adakah itu wahdah, atau sekadar kawalan imej?
Masa di Iran, aku pelajar pemikiran mujtahid besar Syiah, Nikmatullah Solehi Najafabadi(Digelar Ayatollah), beliau seorang faqih syiah dan marja taqlid. Beliau adalah salah seorang ulama syiah yang sangat moderat. Moga Allah rahmati beliau.
Dalam pandangan beliau, amalan melaknat sahabat adalah haram apalagi mengkafirkan, tidak menghalalkan mutaah yg dianggap zina, tidak percaya pada kemasukan para imam 12 dan bahkan beliau benarkah untuk umat syiah berpegang kepada pendapat Imam Mazhab Sunni.
Seandainya pengikut syiah Malaysia merujuk dan terima beliau sbg ulama syiah. Nescaya fatwa JAKIM yang berkata syiah sesat tidak akan keluar dan hari ni syiah dapat hidup harmoni dgn sunni.
Tapi sayangnya, Ulama syiah yang moderat pun dipulaukan, apa lagi ulama sunni ingin bersuara. Saudari yang melancong itu kata Syiah tak mengkafirkan sahabat.
Baik, aku tanya pula — saudari pernah duduk dalam kelas akidah Syiah bertahun-tahun?
Pernah telaah konsep tawalla dan tabarra secara akademik?
Pernah bincang kitab fiqh Ali Khamenei?
Atau sekadar dengar jawapan dari pemandu pelancong yang tak mewakili pandangan Ulama besar syiah Imamiah?
Iran memang aman untuk pelancong. Rakyatnya memang ramah. Masjidnya indah. Itu semua benar.
Tapi soalan lain:
Adakah pengalaman 7 hari cukup untuk menilai struktur teologi yang berusia 8 abad ?
Adakah layanan mesra di bazar membatalkan teks-teks ritual yang diwarisi?
Adakah senyuman seorang pemandu membatalkan Artikel 12 perlembagaan yang menetapkan mazhab rasmi negara syiah jaafariyah dan menafikan hak sunni?
Mari kita sembang pula pasal Sunni Iran.
Selepas Revolusi 1979, Ruhollah Khomeini janji inklusif. Sunni pun sokong revolusi. Mereka tubuh gerakan Shams dipimpin oleh Ahmad Moftizadeh untuk tuntut hak masyarakat sunni Iran secara damai.
Tapi Perkara 12 perlembagaan menetapkan Mazhab Ja‘fari Ithna ‘Ashari sebagai mazhab rasmi negara. Sunni diiktiraf, ya. Tapi bukan setara dalam struktur kuasa tertinggi. Sunni dinafikan hak menjadi presiden dan dinafikan menjadi wali faqih secara perlembagaan.
Malah sehingga kini, tiada seorang pun wakil menteri Sunni pernah dilantik selaam 47 tahun usia Republik Islam Iran. Dari zaman Khomeini sampailah ke zaman Khamenei.
Padahal di Iran ada lebih 23 juta masyarakat Sunni. Kalau ikut jabatan statistik Malaysia tahun 2024, kita akan sedar yang populasi Sunni di Iran lebih besar dari Sunni di Malaysia.
Soalan untuk saudari tadi:
Kalau benar tiada diskriminasi, kenapa Sunni tiada parti politik dan masjid rasmi di Tehran sehingga hari ini?
Kalau benar harmoni sepenuhnya, kenapa gerakan Sunni yang kritikal terhadap Wilayat al-Faqih akhirnya diharamkan?
Kenapa ratusan Ulama Sunni ya g bangkit bersuara, menuntut hak dibunuh?
Kenapa tokoh seperti Mufti Zadeh dipenjarakan, diseksa dan akhirnya dibunuh?
Ini bukan cerita WhatsApp. Ini sejarah yabg aku pelajari dari temubual aku sendiri aktivis Sunni Iran. Demi Allah aku tak bohong. Aku akan bertanggungjawab atas semua yang aku tulis ni di hari Kiamat.
Korang perlu faham, aku tak menulis untuk benci Iran. Aku tulis, sebab aku pernah duduk di Qom. Aku pernah rasa suasana ilmiah. Jadi bila aku nampak saudari ni tulis macam ni, aku nampak diri aku yang dulu, yang dibodohkan oleh kecantikan luaran.
Realitinya memahami Iran lebih rumit daripada gambar masjid waktu senja. Aku pernah berada di dalam. Aku pernah bela sepenuh hati aku. Aku sayang Iran yang aku pernah bela dulu. Tapi bila jelas bagi aku kemungkaran, aku berundur.
Jadi bila aku kritik, aku kritik sebagai orang yang pernah percaya, bukan sebagai orang yang membenci.
Dan satu soalan terakhir untuk saudari itu, kalau esok saudari duduk lima tahun di Qom, belajar teks fiqh, usul, aqidah, dan sejarah politik Iran secara mendalam, adakah saudari masih akan buat kesimpulan yang sama seperti selepas bercuti beberapa hari?
Kalau jawapannya ya, aku hormat. Kalau jawapannya belum tentu, mungkin kita semua patut lebih berhati-hati sebelum menjadikan pengalaman singkat sebagai kebenaran mutlak. Dunia ni tak sesederhana itinerary pelancongan.
Kalau korang rasa benda ni penting untuk umat faham, share. Biar orang sedar, jangan biar emosi perang buat kita hilang disiplin dalam agama
 
Last edited:
Lawak lah tuan ni, tuanx tahu ke TGHH lah yg kuat pertahankan Syiah.
dia pertahankan sebab perang, menentang barat.. bukan pertahankan akidah puak2 syiah, ada mengerti kakek buyut
 
Pengalsman aku kat Dublin, UK ngan US berkawan dgn kawan kawan dari Iran, Syria dan Lebanon yg di katakan syiah

Ada je kawan Iran tapi sunni
Yg syiah, ada yg masih solat jumaat, solat fardhu mcm sunni ( syiah pun ada cabang, kena tanya orang yg arif la. Ada cabang syiah yg feqahnya hampir sama dgn sunni)

Ada syiah yg jamak qasar sepangjang 4 tahun kat Dublin. Tak musafir pun hentam jamak qasar ssmpai 4 tahun.

Ada syiah yg solah sujud atas batu. Yg ni terang terang sesat lah

Masalah budak budak MARA dan JPA yg study abroad, spm, IB atau Alevel score tinggi tinggi tapi ilmu agama masih level SPM walaupun A pend Islam SPM.
Takde silibus pasal syiah dlm spm, so kami kat abroad ni dulu zero knowledge pasal syiah. Kalau iman tak kuat mmg boleh terjebak
Mungkin pasni kena ajar pasal mazhab mazhab syiah kpd student mara/jpa yg study abroad
Muslim di US terutama new york ramai syiah yg masih solat jumaat mcm sunni.


Yg part perang dgn US , yg sokong Iran sbb Iran je lawan Israel. Negara arab lain semua patuh kpd US terutana Saudi.
 
ASWJ bertuhankan ulama
Syiah bertuhankan imam ulama

Dua² gelong..pastu dok kata depa terpaling syurga...


tadi ada budak ASWJ Dan syiah tegur hamba Allah..dia makan tengah hari sebab tak larat nak puasa......pastu budak ASWJ Dan syiah pun tegur :

"BINATANG PERLU PUASA DI BULAN RAMADAHAN TAK?

jawab hamba Allah tu :

"Bintang tak perlu puasa sebab tak diwajibkan atas depa berusaha menjadi org dipercayai,berusaha jujur dan berusaha menjaga amanah...kita ni sebagai manusia,wajib atas kita berusaha menjadi org dipercayai,berusaha jujur dan berusaha menjaga amanah agar tidak di masukan kedalam neraka jahanam"

Pastu budak ASWJ Dan syiah kata pergi mampus dengan amanah,kejujuran dan percayai......pastu depa sambung tidur waktu kerja atas alasan penat berpuasa...
 
ASWJ bertuhankan ulama
Syiah bertuhankan imam ulama

Dua² gelong..pastu dok kata depa terpaling syurga...


tadi ada budak ASWJ Dan syiah tegur hamba Allah..dia makan tengah hari sebab tak larat nak puasa......pastu budak ASWJ Dan syiah pun tegur :

"BINATANG PERLU PUASA DI BULAN RAMADAHAN TAK?

jawab hamba Allah tu :

"Bintang tak perlu puasa sebab tak diwajibkan atas depa berusaha menjadi org dipercayai,berusaha jujur dan berusaha menjaga amanah...kita ni sebagai manusia,wajib atas kita berusaha menjadi org dipercayai,berusaha jujur dan berusaha menjaga amanah agar tidak di masukan kedalam neraka jahanam"

Pastu budak ASWJ Dan syiah kata pergi mampus dengan amanah,kejujuran dan percayai......pastu depa sambung tidur waktu kerja atas alasan penat berpuasa...
Pastu budak ASWJ dgn Syiah tu sebat x zakat?
 
Back
Top
Log in Register