puyol
CG Top Poster Club

- Messages
- 43,106
Top Poster #8
- Joined
- Jun 28, 2011
- Messages
- 43,106
- Reaction score
- 7,327
- Points
- 481
Selepas satu Malaysia dilanda demam 'Dyana' apabila DAP mempertaruhkan Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calon pilihan raya kecil Teluk Intan, kemasukan seorang lagi jelitawan menjadi taruhan untuk meningkatkan lagi minat anak muda terhadap parti itu.
Dalam temuramah eksklusif siri pertamanya dengan organ Bahasa Melayunya, Roketkini, aktivis Syefura Othman, 25, ditonjolkan sebagai penarik minat golongan muda terutamanya Melayu.
Kemasukan Syefura (kanan), gadis Melayu bertudung yang lebih dikenali sebagai “Rara”, bulan lalu sudah pun menjadi perbualan hangat, termasuk di kalangan penulis blog anti-DAP.
Poster dan grafik di laman-laman sosial misalnya didakwa memfitnah Rara, ahli seumur hidup DAP, berhasrat menghapuskan hak-hak orang Melayu.
Tidak cukup dengan itu, menurut Roketkini, terdapat pihak memuat naik grafik memaparkan gadis bujang yang menetap di Negeri Sembilan itu sebagai pakar urut batin berserta dengan alamat dan nombor telefonnya sekali.
Bagaimanapun, ia tidak dihiraukan oleh tuan punya badan.
“Tapi disebabkan saya macam dah terbiasa, saya biarkan sahaja. Bila saya kena sekali lagi waktu masuk DAP, saya sudah boleh bersedia. Saya ketawakan saja,” katanya dipetik dari Roketkini.
Dari SAMM ke DAP
Walaupun belum diketahui sejauh mana keupayaan anak muda ini, namun ahli Solidariti Anak Muda Malaysia itu menjawab yakin, mengapa memilih DAP dan bukan parti Pakatan Rakyat lain sebagai wadah perjuangannya.
"Saya menyertai DAP kerana ia menyediakan ruang untuk wanita muda Melayu terutamanya,” jelasnya.
“Kita kekurangan pimpinan wanita muda. Kita mungkin ada Nurul Izzah (Anwar) dalam PKR, kalau PAS saya tidak pasti siapa. Kalau kenal pun Kak Aiman (Athirah)” tambahnya.
Rara berkata kemasukannya ke dalam DAP dengan cita-cita untuk mengajak lebih ramai wanita untuk turut ke depan dalam perjuangan mengembalikan demokrasi dan keadilan.
Namun biarlah masa menentukan sama ada kemasukan Syefura sama ada beliau bakal menjadi pemangkin kepada perubahan persepsi terhadap DAP yang sering dimomokkan sebagai parti cauvanis Cina dan memusuhi orang Melayu.
“Kita perlukan seseorang untuk ke depan dan menjadi contoh, pemimpin dan pembuka jalan.”
“Sekali kita maju setapak, orang yang di belakang akan ikut kita,” kata beliau.
Bagaimabapun, sejauh mana Syefura akan diketengahkan DAP, sama ada beliau akan dibariskan di barusan depan sebagai calon pilihan raya seperti Dyana (atas), hanya masa yang akan menentukan.
sumber
Rara bercerai talak satu
Perkahwinan Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari Young Shefura Othman dan Muhamad Masyhur Abdullah berakhir hari ini selepas pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Hadir bersama ke mahkamah tersebut Young Shefura dan Muhammad Masyhur kelihatan tenang dan berbual-bual sebelum prosiding bermula.
Ketika melangkah masuk ke dewan mahkamah, mereka turut kelihatan tenang.
Hakim Syarie Mohd Saifullah Hamzah sempat bertanya: “Kamu berdua nampak Ok sahaja”.
Namun kelihatan Young Shefura, wakil rakyat muda DAP itu, menggelengkan kepala dan prosiding tersebut diteruskan.
Muhammad Masyhur ketika melafazkan cerai itu dengan lancar dan tenang berkata:
"Saya Muhammad Masyhur Abdullah dengan ini menceraikan isteri saya, Young Shefura Othman dengan talak satu.”
Lafaz itu dibuat jam 11.40 pagi tadi.
Mohd Saifullah membenar dan mensabitkan jatuh talak satu, kali pertama selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bercerai secara bersama.
Pada 1 Mac lalu, Muhammad Masyhur memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Seksyen itu menyentuh pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah.
Sebelum bermulanya prosiding itu, Muhammad Masyhur turut meminta pemberita memberikan ruang kepada dia dan Young Shefura.
“Sila bagi sedikit privacy kepada kamim” katanya.
Kedua-dua mereka hadir ditemani Timbalan Ketua Pemuda Amanah Faiz Fadzil.
Young Shefura dan Muhammad Masyhur berkahwin pada 24 September 2016.
Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
https://www.malaysiakini.com/news/466909
ADUN Ketari, Syefura Othman dan suaminya Muhamad Masyhur Abdullah ketika hadir pada prosiding lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur di sini hari ini.
![]()
![]()
Last edited: