BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syarikat Komputer Tempatan Bekerjasama Dengan Qualcomm

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Syarikat Komputer Tempatan Bekerjasama Dengan Qualcomm Tawar Komputer Windows – JOI Book SK300 Dikuasakan SD850;

JOI merupakan salah satu jenama tempatan yang diuruskan oleh SNS Network. Baru-baru ini, pihak Qualcomm dan SNS Network telah mengumumkan kerjasama, dan produk pertama hasil kerjasama mereka kini dilihat adalah JOI Book SK300.

JOI Book SK300 ini hadir dengan skrin 12.5-inci HD penuh IPS, dijana menggunakan cip Snapdragon 850, dilengkapi sokongan grafik Qualcomm A63, memori 4GB RAM dan storan 128GB SSD.

JOI Book SD850
Komputer riba ini menawarkan sokongan bateri sehingga 10 jam lamanya, dan memandangkan ia dilengkapi cip Snapdragon 850, pengguna turut boleh menikmati sokongan 4G LTE melalui penggunaan nano-SIM padanya.

Menjana komputer ini adalah Windows 10 Pro. Penawaran ini dilihat selari dengan permintaan komputer riba memfokuskan tugasan akhir-akhir ini, dan ia sesuai untuk melakukan penyuntingan dokumen, pelayaran web dan beberapa tugasan lain yang ringan.

JOI menyenaraikan komputer riba ini bakal ditawarkan di Malaysia bermula 6 Januari 2021 kelak. Di Malaysia, ia ditawarkan pada harga RM2199, dan sudah boleh dipratempah melalui Shopee.

Joi-BOOK-SD850-01-950x535.jpeg.webp


Layari https://shp.ee/bz85mht
 
Back
Top
Log in Register