BTC USD 60,856.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syarikat ais didenda

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

MyCC


SURUHANJAYA Persaingan Malaysia (MyCC) akan mengenakan denda terkumpul RM283,600 terhadap 26 pengeluar ais yang didapati melanggar Akta Persaingan 2010 apabila menetapkan harga jualan ais tiub boleh dimakan dan blok ais di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCC Shila Dorai Raj berkata, cadangan penalti yang akan dikenakan kepada pengeluar ais tersebut tidak melebihi 10 peratus perolehan syarikat terlibat di seluruh dunia sepanjang tempoh kesalahan itu seperti dinyatakan dalam subseksyen 40(4) Akta Persaingan 2010.

“Penetapan harga merupakan kebimbangan utama MyCC kerana jelas menghalang proses persaingan.

“Perjanjian seperti ini membenarkan pihak terlibat memaksimumkan keuntungan tanpa sebarang persaingan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurut MyCC, pengeluar ais terlibat mempunyai 30 hari dari tarikh keputusan cadangan dikeluarkan bagi mengemukakan perwakilan bertulis kepada MyCC.

Pada 24 Disember tahun lalu, sebanyak 26 pengeluar ais tiub di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya mengumumkan rancangan mereka menaikkan harga ais tiub boleh dimakan sebanyak 50 sen setiap beg dan harga ais blok sebanyak RM2.50 setiap blok besar bermula 1 Januari 2014.
 
dah naik pun harga ais...sebelum ni rm2.50/beg..sekarang dah rm3...
 
Back
Top
Log in Register