BTC USD 82,027.3 Gold USD 4,146.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai syair palestine

tyco

Active+ Member
gem
Messages
4,115
Joined
Sep 16, 2010
Messages
4,115
Reaction score
1,680
Points
111
Noktahkan derita (Doa buat GAza, doa buat Palestin)

Tika kita mampu mengukir senyuman dan menghamburkan tawa
dek keindahan dunia di bumi Malaysia,
mereka lemas dalam lautan air mata di tanah gersang
bernama Palestin.

Tika kita rakus menjamah juadah dunia maha lazat
hingga terkadang alpa menadah syukur ke hadarat-Nya,
mereka tegar meneruskan langkah demi sebuah santapan rohani
agar jiwa terisi,
tak mudah mati.

Anak-anak kita,
mungkin tidak setabah anak-anak mereka;
saban hari berkejar di bawah hujan peluru
hingga mereka terlupa,
itu bukan momen yang didamba,
bukan jua saat indah zaman kecil
untuk dipahat dalam jiwa.

Noktahkanlah derita mereka,
wahai saudara seagama,
wahai masyarakat dunia.
Tidakkah terpercik sedikit belas dalam hati kecil kita?
Tidakkah terhambur air mata mengenang sengsara mereka?

Jarak beribu batu bukan penghalang doa suci buat mereka
kerana ukhuwah ialah jambatan paling kebal
tercipta dalam cakerawala.

Anak-anak kecil itu bukan ancaman besar buatmu,
wahai Zionist biadap,
pencabul bumi gersang Palestin.

Saban hari
kau mendera mereka
namun yang terjejas cumalah fizikal,
bukan taqwa merekaa
kepada Yang Maha Esa.

Saban hari
kau menguji mereka,
namun yang mati,
cumalah impianmu,
bukan jiwa suci mereka..

Aku di bumi bertuah ini cukup yakin,
dari sinar mata anak-anak kecil bumi gersang itu
terpancar suara halus
'noktahkan penderitaaan ini',
dan kami
dengan daya upaya
yang tidak seberapa
akan teguh bersama-sama kalian
atas nama kemanusiaan.

Nukilan:
Nur Zulaikha Zailiani
UiTM Shah ALam.
 
Back
Top
Log in Register