ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
KUMPULAN Syarikat Swiftlet Eco Park (SEPG) menjalin kerjasama dengan Koperasi Perniagaan dan Perusahaan Melayu Seria Berhad Brunei (KPPMS) menerusi Skim Kepentingan Kongsitani Perladangan Burung Walit (ESRIS) bernilai RM10 juta.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Chee Hong berkata,dua tahun lalu KPPMS sudah melabur di dalam skim pelaburan ini tetapi di dalam jumlah yang sedikit.
“Selepas menyedari potensi pelaburan yang baik, KPPMS kini melabur dalam skala lebih besar,” katanya selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara kedua-dua pihak, di Kuala Lumpur, semalam.
Menurutnya, kerjasama itu akan menjadi salah satu hab perniagaan bersama memperluaskan pasaran bagi skim pelaburan, produk, rangkaian kios dan pusat kecantikan dan kesihatan berasaskan burung walit.
Katanya, skim pelaburan itu sudah berusia empat tahun dan ia sudah memasuki pasaran Australia,Hong Kong, Taiwan, China, Jepun dan Timur Tengah.
“Kami juga berhasrat menerokai pasaran Indonesia, Rusia dan Dubai pada masa akan datang,” katanya.
Chee Hong berkata, selain skim pelaburan, produk Swiftlet juga bakal menembusi pasaran negara itu bermula minggu depan menerusi produk minuman kopi.
Katanya, setakat ini pihaknya sedang menunggu kelulusan lesen dan permit daripada kementerian kesihatan di negara itu.
Menerusi kerjasama itu juga, SEPG bakal membuka pusat kecantikan dan kesihatan (Spa) halal pertama di negara itu menjelang suku pertama tahun depan.