ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Shahrul Mizan (kiri) dan Keiichi Suzuki (dua, kiri) ketika melancarkan Suzuki Swift RS, semalam.
SUZUKI Malaysia Automobile Sdn Bhd (SMA) optimis untuk mencapai sasaran jualan 500 unit bagi model baharu Swift RS menjelang April tahun depan.
“Pada tahun lalu, sebanyak 2,031 unit model Swift pemasangan tempatan (CKD) dan 261 unit Swift model yang diimport sepenuhnya (CBU) dijual. Kita juga mengeluarkan 200 unit Swift RR edisi terhad pada tahun sama.
“Tahun ini, kami menyasarkan untuk tingkatkan jualan model Swift RS dengan 55 unit sebulan,” katanya selepas Pelancaran Suzuki Swift RS, yang turut dihadiri Pengarah Urusan SMA, Keiichi Suzuki dan Penasihat Jualan dan Pemasaran SMA, Ryota Katagiri, di Kelana Jaya, semalam.
Suzuki Swift RS dilengkapiteknologi baharu yang turut dilengkapi sistem audio skrin sesentuh bersama kamera undur dan sistem Bluetooth.