BTC USD 60,659.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Susulan Kes Mufti Perak

akukayo

Legendary Member
gem
Messages
11,508
Joined
Feb 15, 2007
Messages
11,508
Reaction score
1
Points
115
Umno bacul, tidak pertahankan Mufti Perak
Azamin Amin
Wed | Apr 04, 07 | 11:46:57 AM
KUALA LUMPUR, 4 April (Hrkh) - Sikap diam membisu Umno, berhubung desakan parti komponennya Gerakan supaya Mufti Perak dipecat dianggap sebagai amat bacul kerana gagal mempertahankan Islam serta institusi Mufti atas dasar kepentingan
Sehingga kini rakyat juga turut ternanti-nantikan respon segera terutama daripada pihak kerajaan khususnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Dr Abdullah Md Zin ataupun daripada media 'milik kerjaan' arus perdana yang juga dilihat 'senyap' tanpa menyiarkan ulasan lanjut pebagai pihak berhubung isu ini.
Mengulas perkembangan tersebut, Naib Presiden PAS, Dato' Dr Hasan Ali berkata Umno lazimnya dari segi politik akan memperjuangkan isu kemelayuan namun dari sudut agama, terbukti tidak langsung mempertahankan malah sanggup 'mengorbankannya' tanpa mengambil kira sensitiviti dan perasaan umat Islam di negara ini.
Sikap Umno ini telah diduga katanya malah Umno terasa segan silu untuk menegur disebabkan kerjasama parti-parti komponen demi memastikan survival politik hingga agama dan institusinya jadi 'taruhan' dan diperlekehkan.
Susulan memo 9 menteri?
"Umno kalau di tempat atau audiensnya Melayu, dialah juara Islam malah jauh lebih hebat daripada PAS lagaknya tetapi dari segi realiti adalah sebaliknya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.
"PAS juga tidak akan terperanjat jika Umno jugalah yang bakal memecat Mufti Perak," katanya dan turut merujuk kes bekas Mufti Selangor, Dato' Ishak Baharom yang juga pernah 'dipecat' tanpa sebarang pembelaan daripada Umno.
Usul Gerakan katanya adalah satu desakan yang perlu diberi perhatian serius memandangkan ianya mempunyai agenda yang tersendiri dan menampakkan parti itu tidak mahu bekerjasama dengan orang Islam dan seolah-olah tidak bersetuju dengan amalan-amalan yang dilakukan oleh penganutnya.
"Sebenarnya isu SMS dijadikan alasan sebagai peluang untuk 'menyerang' dan menjatuhkan mufti," katanya.
"Dan ianya adalah sebagai satu 'sindiran' dan juga 'isyarat' amaran bukan sahaja kepada Mufti Perak tetapi juga kepada Mufti-mufti lain, pemimpin dan tokoh-tokoh agama yang begitu tegas dan keras mempertahankan agama Islam," katanya.
Tindakan Gerakan ini juga dilihat katanya seolah-olah susulan kepada 'Memo 9 menteri' yang dihantar oleh menteri-menteri kabinet bukan Islam termasuklah Presiden Parti Gerakan sendiri Dato' Seri Lim Keng Yaik kepada Perdana Menteri dua tahun lalu.



Mufti Perak enggan mengulas
Usaha ini katanya akan berlanjutan dan akan berulang lagi selagi objektif 'mereka' tidak tercapai.
Sikap biadap Gerakan katanya adalah antara sejarah kerana belum pernah ada mana-mana parti atau organisasi atau pertubuhan yang mengusul supaya seseorang tokoh agama dipecat daripada jawatan institusi agamanya malah urusan melantik dan memecat adalah di bawah bidang kuasa Raja-raja Melayu.
Beliau juga turut mempersoalkan implikasi jika NGO Islam atau PAS mengusulkan perkara yang sama membabitkan tokoh agama, pasti suasana tersebut akan menimbulkan suasana tegang dan mencetuskan perasaan tidak senang antara kaum.
"Gerakan jelas melanggar dan tidak mematuhi nasihat Pengerusi Barisan Nasional dan Perdana Menteri supaya mana-mana pihak termasuk parti komponennya menjaga keharmonian kaum dan tidak melakukan sebarang tindakan ynag mengundang provokasi yang boleh menggugat kestabilan rakyat," katanya.
Sikap mendiamkan diri Abdullah juga akan dilihat sebagai amat lemah manakala Gerakan sendiri sudah 'besar kepala' dan semakin biadap terhadap umat Islam malah kepada Perdana Menteri sendiri, katanya lagi.
Dalam pada itu, Mufti Perak, Dato' Seri Dr Harussaini Zakaria ketika dihubungi Harakahdaily enggan mengulas lanjut berhubung isu ini. - mks.


Kawan2 sila komen
 
Kes Mufti Perak ?
kenapa ar ? apa Mufti buat ?

kes dia?

maybe sebab dia tak takut nak berkata2,
berani menegur menda yg silap.

jarang dapat Mufti yg berani cmni.
pengampu dan nak glamer ramai la :-$
 
nak komen lps pilihanraya kecil machap kot...
nak jaga undi ler tue
 
nak komen lps pilihanraya kecil machap kot...
nak jaga undi ler tue

aaa..betul tu la ni..mulut zip jaga undi cina kat machap...tu bachul betul la...hisssh
 
nak komen lps pilihanraya kecil machap kot...
nak jaga undi ler tue

hehe betul gak tu,
pas election kat Machap,
aku nak tgk Pemuda UMNO keluar hunus keris.
nunjuk samseng dia. mcm dulu2 :p
 
hehe betul gak tu,
pas election kat Machap,
aku nak tgk Pemuda UMNO keluar hunus keris.
nunjuk samseng dia. mcm dulu2 :p

Pemuda Umno tu hunus benda lain...@xx@rs!! bolehla...hehehe
 
eishhh lama tak joint borak topic camnie....:D
alaaaaaaa dah lama dah.........tapi supe yee jee..;)
 
Back
Top
Log in Register