aloong_05
Active+ Member
- Messages
- 4,659
- Joined
- Jan 12, 2008
- Messages
- 4,659
- Reaction score
- 42
- Points
- 30
bagi aku la..yg penting susu tu bagus utk kesihatan...aku bukan nak berniaga..nak pakai sendiri jer...
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
Sori la bro,
aku bukannya malu tapi aku dah jemu
Setiapkali aku jumpa ejen-ejen MLM ni, (tak kira la sykt mana pun, semua kater produk depa ni berkhasiat dan boleh menyembuhkan seribu penyakit, jadi ramai la yang beli banyak-banyak dengan harapan akan segera sembuh...
dulu dok giler ngan mesin tapis air tu
la ni dengan susu kolostrum ni pulak.
Amat jarang aku jumpa ejen yang benar-benar bagitahu ini hanyalah makanan tambahan, bukannya ubat...
Aku pernah pergi BOM macam-macam MLM
pada aku semua MLM lebih berorientasikan keuntungan
ala-ala serampang 50 mata gitu...
pendapatan utamanya adalah daripada group networking sales
bukannya jualan produk
itu pasalah lain ejen lain harga..
Aku dah tanya mamat yang promot benda ni kat aku
pasai apa dia juai dgn harga 150.00
tapi dia tak mahu bagitahu terus terang,
keuntungan dia datang daripada mana?
dia cakap berbelit-belit la..
kalau nak harapkan dari unilevel bonus semata-mata
aku rasa tak berani dia juai dgn harga macam tu.
Maka aku tertanya-tanya
kenapa mesti beli 3 tin sekaligus baru boleh jadik ahli?
sykt ni juai produk ka jual sistem?
macam H-*_? atau U_t__*?
atau ada ke kemungkinan
jika depa dapat juai 100 tin dalam sebulan maka
depa akan dapat 100 tin lagi secara percuma?
Jika inilah sistem nyer
tak lama lagi babai la...
macam ada satu sykt yang juai susu IGG dulu tu..
ni sekadar pandangan peribodi aku la..
Memang ini adalah makanan tambahan dan bukan ubat, dan itulah yang disampaikan oleh agen2 Alpha Lipid.
Semua perniagaan dalam dunia ni berorientasikan keuntungan. bukan perniagaan namanya kalau bukan nak cari untung... mungkin sedekah atau bantuan amal.
Keuntungan diperolehi daripada jualan produk. Bonus diberi berdasarkan jualan peribadi & jualan kumpulan. Peratusnya bonus pula ditentukan oleh pangkat setiap agen (dari rep sehinggalah dimond).
Harga agent ialah 150, kalau pun agent jual 150 dia tidak rugi apa2 kerana PV tetap ada bagi setiap tin. Anda kena tahu network marketing sebenarnya bukan hanya menjual produk semata-mata. Niat ingin membantu, memberi peluang kepada orang lain untuk menggunakan produk ini mungkin menjadi keutamaan seseorang agent. Kerana dia faham, hubungan dengan pelanggan bukan untuk keuntungan singkat tetapi hubungan untuk jangka masa panjang.
Kenapa mesti beli 3 tin sekali gus? Terpulang kepada budi bicara agent yang anda jumpa. Tidak sememstinya 3 tin sekali gus, jika anda mahu 1 tin setiap bulan & bulan ketiga anda ingin jadi ahli, anda boleh beritahu agent berkenaan. Dia akan kumpulkan wang belian anda sehingga bulan ketiga & anda didaftarkan.
Syarikat jual produk atau jual sistem? Anda boleh lihat sendiri bagai seorang nenek berusia 83 tahun pangkat hanya supervisor boleh mendapat wang royalti atas usahanya menjual dan nak dikatakan menaja kenapa pangkat masih supervisor? Boleh baca sini http://alphalipid.blogspot.com/2008/12/nenek-83tahun-pun-dapat-royalti.html
Jual 100 dapat 100 tin lagi? Sangat meleset serkap jarang anda.Ini bukan barang keping2 boleh sorok mana2... Kalau betul demikian saya tak payah order kat HQ, semua akan ambil barang dari upline saja.
Tolong jgn samakan Alpha Lipid dgn produk terdahulu dari syarikat lain. Dari segi kandungan & formula sahaja sudah jauh berbeza. Anda boleh baca lebih lanjut tentang produk tanpa diketahui oleh sesiapa.
http://www.newimageasia.com.my
abah ku minum susu ni...
setakat ni..mcm ok jer dia nmpk nyer..tp masalah sendi tu..susah sket laa nak pulih sepenuhnyer..
about halal haram tu..i don't have any idea ...kalo diambil dr lembu yg disembelih mengikut syarak , maka Halal lah..tu jer..x kisah la dtg dari mana pun...NZ ker...Somalia ker...Madagascar ker.. (dah ngarut ler tu)