Sesiapa yang dah join dan dapat policy tu kira selamat sikitlah. Kesian kat member yang dah bayar bank in duit tapi policy belum dapat lagi.
Sekadar cadangan,
Jadi untuk yang dapat policy dan memandangkan harga emas menjunam, rasanya elok simpan ajelah sampai hujung tahun ini tunggu harga NAV emas naik baru jual balik. harap dapat keuntungan dari kenaikan situ. Bagi saya investor tak rugi, cuma tertipu dengan skim agency yang menjanjikan pulangan dividen bulanan yang lumayan.
Bagi yang masih tak puas hati tu bolehlah surrender policy dan ambil duit balik (berapa banyak return sila rujuk kat Uniasia Life Assurance)
Memang benar En. Ayob dah cabut ke Siam, tapi bini dia Pn Puziah masih di Johor mengendalikan Uniasia ini dan boleh dihubungi. Kena ikhtiar macam mana nak dapat duit RM500 kos agency kerana agency tidak memainkan peranan seperti mana yang dijanjikan.