natalie
Fun Poster
- Messages
- 270
- Joined
- Feb 6, 2012
- Messages
- 270
- Reaction score
- 2
- Points
- 20
Tapi TT, bukankah surat saman hanya SAH sekiranya ia berjaya sampai ke tangan scammer dan dibaca oleh scammer? Bagaimana sekiranya TT tiada ALAMAT tempat tinggal scammer? Atau ada alamat tapi scammer claim dia tak pernah terima apa2 surat? Atau dia buat bod*oh jer? Macamana TT nak ensure yg scammer memang ada terima surat saman yg dihantar? Sebab kalau cara TT ni berkesan, sudah tentu bank2 menjadi pihak2 yg paling gembira kerana berjaya menyaman beratus ribu manusia berhutang yg melarikan diri dari membayar hutang. Bukan mengatakan service TT ni tak betul, cuma bertanya in terms of effectiveness.
Even kalau berjaya masuk court sekalipun, tiada law yg boleh memaksa scammer utk membayar kesemua jumlah wang secara lump sum. Kalau berjaya indict dia sekalipun, mahkamah akan beri dia pilihan berapa banyak wang yg dia mampu bayar sebulan. Kalau dia kata RM50, tapi jumlah yg discam RM30K, memang sakit la mangsa yg kena scam tu nak menunggu sampai habis. Melainkan kalau boleh sita sebarang harta scammer sebagai tuntutan ganti rugi.
By the way TT, servis TT ni kira sama macam servis guaman biasa ke? Dapat atau tidak semula wang tu, fee tetap kena bayar juga ke? Atau bayaran ikut kejayaan? Sebab kalau bayar fee tapi akhirnya tak dapat apa2, sakit juga utk mangsa. Dah la kena scam, kena bayar fee lagi tapi akhirnya tak dapat apa. Back to square one.
Saya harap TT dapat benar2 MEMBANTU golongan yg discam di CG ni, bukan hanya sebab fee semata2. Sorry for being direct. No offense.
shiema,
untuk para 1 soalan u. LAW ada rule sendiri. dan ada pelbagai cara termasuk advertisment yang membolehkan mahkamah mengiktiraf its a proper service of summons. tak semestinya saman tersebut sampai ke tangan Defendant macam yang u cakap tadi.
untuk para 2&3.
mane2 professional srvice memang ada fee shima. beza nya sikit atau banyak. bergantung pada perjalanan kes u. kalau fail u dah tebal menggunung sampai 3 kotak atau fail u dah jalan sampai mahkamah rayuan/ federal court, mustahil la lawyer u hanya bill 200? betol?
4 me, kalau u dah kene tipu berpuluh ribu atau beratus ribu. x luak atau tak salah untuk try dan cube melangkah guna cara LEGAL untuk dpatkan balik duit u. open fail? dan u boleh tengok perkembangan kes u. at least u boleh tengok org tu buat *****? atau try tok settle dgn u. tengok 1st date naik court, die turn up atau lenyap trus? lenyap trus dapatkan judgment. dah dapat judgment, u ader 7 modes untuk dapatkan balik duit u..
i tak tau apa ada dlm ur mind..tapi kalau dah kene tipu beriban2, lepas tu duduk diam sebab takut kene bayar lawyer fees tok open file dan start demand yang cume(RM500 contohnya)..u fikir la sendiri apa masalah u. org tipu berpuluh ribu tak pe, redha. nak bayar lawyer 500 berkira? camtu?..hehe
tapi di pihak lawyer plak sepatutnya advise yg betul la. kalau boleh menang, dan yakin kes tu bleh jalan, baru boleh buat. kalau tengok very weak takde bukti.. baik awal2 cakap kat client kes u tak bleh buat.. tu beza lawyer yang nak tolong dan lawyer yang mementingkan fee semata2 ok
