ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Mohd Khamsani menunjukkan parang yang dirampas bersama suspek, semalam.
JOHOR BAHRU - Suspek kes rogol dan samun seorang suri rumah di Taman Tun Aminah, di sini, kelmarin, berjaya ditahan ketika sedang menginap bersama teman wanitanya di sebuah hotel di Melaka, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asistan Komisioner Mohd Khamsani Abdul Rahman berkata, anggotanya turut merampas sebilah parang, sebuah kereta jenis Proton Waja curi dan beberapa paket dipercayai dadah serta peralatan menghisap dadah.
Menurutnya, hasil semakan rekod lampau mendapati suspek berumur 33 tahun itu mempunyai lapan rekod jenayah bersabit kes samun dan dadah.
"Kami turut merampas 13 telefon bimbit dengan dua daripadanya milik mangsa dan wang tunai RM1,000 selepas RM4,000 yang dikeluarkan daripada bank mangsa sudah digunakan membayar hutang.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 392/396/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara 20 tahun, denda dan sebatan jika sabit kesalahan," katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Beliau berkata, seorang wanita telah membuat laporan polis kelmarin, selepas dirogol dan disamun seorang lelaki yang memecah masuk rumahnya melalui siling rumah ketika tinggal sendirian sekitar jam 10 pagi.
Menurutnya, lelaki yang bersenjatakan sebilah parang itu telah melarikan dua telefon bimbit, kad bank dan wang RM5,000 yang dikeluarkan melalui kad bank yang dilarikan selepas merogol mangsa.
"Mangsa tinggal seorang diri di sebuah rumah teres selepas suami bekerja dan anak ke sekolah.
"Malangnya, mangsa bukan sahaja disamun, malah turut dirogol suspek," katanya.