kalau
CG Top Poster Club

- Messages
- 48,563
Paid Membership
- Joined
- Mar 4, 2008
- Messages
- 48,563
- Reaction score
- 127
- Points
- 123
SUSILO mengangkat sumpah jawatan presiden pada Majlis Permusyawaratan Rakyat di Jakarta, semalam.
JAKARTA: Susilo Bambang Yudhoyono mengangkat sumpah sebagai presiden Indonesia untuk penggal lima tahun kedua semalam selepas menang besar dalam pilihan raya Julai lalu dengan janji merancakkan pertumbuhan ekonomi dan membawa pembaharuan politik.
Bekas jeneral yang dianggap liberal itu bersumpah di hadapan Al-Quran, untuk mempertahankan perlembagaan ketika upacara itu pada Majlis Permusyawaratan Rakyat di sini yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara yang mempunyai 234 juta penduduk itu.
"Dengan nama Allah saya bersumpah akan patuh kepada perlembagaan dengan taat setia saya dan akan berkhidmat sepenuh hati kepada negara dan rakyat," kata Susilo.
Kawalan keselamatan ketat dikenakan di ibu kota ini dengan kira-kira 20,000 polis disokong kenderaan perisai bersedia melindungi majlis mengangkat sumpah.
Acara itu disaksikan pemimpin dari Australia, Brunei, Timor Leste, Malaysia dan Singapura serta pegawai kanan dari seluruh dunia.
Susilo, 60, mengalahkan bekas presiden Megawati Sukarnoputri pada 2004 untuk menjadi presiden pertama republik itu yang dipilih secara langsung sejak kejatuhan bekas diktator tentera, Suharto pada 1998.
Pada Julai lalu beliau sekali lagi mengalahkan Megawati yang memimpin Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) serta naib presidennya, Jusuf Kalla dari Parti Golkar.
Mengekalkan kedudukannya sebagai orang penting dalam era reformasi selepas Suharto, parti haluan tengah pimpinannya, Parti Demokratik memenangi banyak kerusi parlimen dalam pilihan raya umum April lalu, hanya lapan tahun selepas ia diasaskan.
Beliau berjanji bertindak keras ke atas amalan rasuah, menambah perbelanjaan infrastruktur dan melanjutkan reformasi birokratik.
Sebagai negara demokrasi ketiga terbesar dunia, Indonesia mengintai untuk memainkan peranan lebih besar dalam forum pelbagai negara seperti Kumpulan 20 dan rundingan global dalam perjanjian iklim baru.
"Inti pati program kami untuk tempoh lima tahun akan datang ialah untuk memperbaiki kebajikan, mengukuhkan demokrasi dan sistem perundangan," katanya.
"Di tengah-tengah krisis ekonomi, Indonesia masih boleh bertumbuh secara positif. Namun kami tidak boleh terus-terusan begini kerana tugas kami jauh daripada selesai.
Selepas majlis angkat sumpah presiden itu, tumpuan kini diberi kepada pengumuman barisan kabinet baru Susilo, hari ini.
Pasaran saham berharap untuk menyaksikan Menteri Kewangan Sri Mulyani Indrawati dan Menteri Perdagangan Mari Pangestu dikekalkan dengan jawatan mereka dalam kabinet baru itu. – AFP