BTC USD 82,938.8 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Susahnya nak dapat jodoh!!

zahli

Junior Member
Messages
95
Joined
Dec 15, 2011
Messages
95
Reaction score
50
Points
16
Susahnya nak dapat jodoh!!
Sesungguhnya urusan jodoh adalah ketetapan ALLAH. Kita hamba Nya yang lemah ini tidak ada daya upaya langsung untuk menetapkan jodoh kita melainkan semuanya dalam ketentuan Allah SWT. Namun, apa yang boleh kita buat ialah merayu dan memohon pertolongan ALLAH SWT supaya mempertemukan jodoh kita sebaik mungkin.

Berikut ini disenaraikan beberapa tips yang dapat anda amalkan dalam proses mencari jodoh terbaik anda. Pilihlah mana-mana amalan yang anda suka untuk diamalkan atau anda juga boleh lakukan kesemuanya sekali sekiranya mampu.

1. Membaca surah Yaasin setiap malam sebab dalam satu hadist nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman. Insyaallah mustajab.

2. Membaca surah Fatihah berulang-ulang kali, niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadist, yang mana surah fatihah ada beberapa keberkatan antaranya diberi jodoh, baca berulang-ulang contoh 1x atau 3, 5, 7 atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah swt berikan jodoh yang baik dan soleh.

3. Melakukan sembahyang hajat selama 3 hari berturut-turut dengan penuh kusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan lain yang baik-baik, contoh sedekah, zikir, ziarah org sakit, yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan harap dari selain Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada suara yang lembut dan merendah diri. Adukan problem anda kepada Allah swt, jika seseorang merahsiakan problemnya kepada manusia, kemudian mengadu hanya kepada Allah, maka Allah swt akan bantu dia, jika dia mengeluh kepada manusia maka Allah swt tidak akan bantu dalam masalah tersebut.

4. Berdoa disetiap selepas sembahyang 5 waktu, dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. Insyaallah

5. Bangun tengah malam sembahyang tahajjud, kemudian solat taubat 2 rakaat, kemudian sembahyang hajat beberapa rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan kusyu, insyaallah.

6. Solat hajat 2 rakaat -> Doa, 2 rakaat lagi -> Doa, 2 rakaat lagi ->Doa, sehingga datang rasa benar-benar yakin yang Allah swt telah makbulkan. Kalau masih tak yakin usahakan pada malam berikutnya sehigga datang keyakinan. Bila anda telah benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, insyaallah, tunggu ajalah orangnya.(Tawakkal)

7. Betulkan niat, nak kahwin kerana Allah, untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah. Sabda nabi SAW, Allah menjamin untuk menolong 3 golongan:
1. Seseorang yang berjihad dijalannya
2. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya
3. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya

8. Berdoa dengan kusyuk diwaktu tertentu yang mustajab atau ditempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Diantara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat. dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.

9. Berdoa dengan dimulai pembuka doa dan selawat, kemudian penutup doa dan selawat.Contoh paling simple;
Pembuka:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.
Kemudian bacalah apa2 saja doa samaada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu atau apa2 saja bahasa yang anda mahir
Penutup:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.

10. Berdoa dengan mengunakan doa-doa dari ajaran Rasulullah atau dari Al-Quran adalah doa terbaik dan paling berkat, jika tak pandai doa ajalah dalam bahasa sendiri, Allah swt maha memahami.

12. Selama beramal, jangan makan makanan, pakaian, tempat atau apa sahaja yang haram, subhat, kotor, makruh, makan makanan yang bersih, halal dan suci.

Insyaalllah jika anda amalkan tips-tips diatas dengan hati yang bersih dan ikhlas, apa sahaja permohonan, hajat, permintaan anda akan dimakbulkan oleh Allah, yakinlah. Kalau tak yakin cuba dulu, dan lihat sendiri. Jangan minta perkara-perkara yang karut-karut atau perkara mustahil, mintalah perkara-perkara yang baik sahaja. Allah swt maha kaya, dia mempunyai khazanah yang tidak ada kesudahan dan tak pernah berkurang, dia maha pangasih dan maha pemurah pula, dia suka memberi, dia suka manusia meminta dan berharap kepadanya, manusia sahaja yang kebanyakan tidak bijak kerana tidak mahu meminta dari Tuhan yang amat kaya dan pemurah. Meminta kepada sesama manusia adalah ibarat Seorang pengemis yang mengemis kepada pengemis yang lain.

Semoga Allah swt memberi anda jodoh yang terbaik.
Selamat berusaha!
 
jodoh tak dapat kaya pun xdapat apa pun tarak.

ada org pulak yg sme menda dapat.

mcm haram.
 
slalu berdoa moga dipercepatkan dapat jodoh...:)
teringin nak ada family..ada anak...:D
 
petua tt sesat lagi menyesatkan.

Al-Quran ni Allah turunkan untuk manusia melalui Nabi Muhammad SAW sebagai peringatan dan pedoman hidup utk dijadikan bekalan hari akhirat.

Bukannya begini cara berdoa kepada Allah! Nak apa-apa mintak direct saja doa.

Contoh...baca ayat Al-Quran sekian-sekian utk dapat jodoh. Di sini la jatuhnya niat pertama dia adalah utk dapat jodoh.

Niat kerana Allah dah jatuh niat kedua.

Kantoii!
 
sabda Nabi Muhammad shallallahu a'laihi wa sallam didalam hadith yang diriwayatkan Malik, Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi, Ibnu Majah dan lain-lain:

يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِيْنَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ فَيَقُوْلُ: مَنْ يَدْعُوْنِي فَأَسْتَجِيْبُ لَهُ وَمَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ وَمَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرُ لَهُ

Maksudnya: Tuhan kita Yang Maha Berkat (yang amat melimpah kebaikan dan nikmatNya) lagi Maha Tinggi (kedudukanNya) setiap malam turun ke langit dunia ketika berbaki 1/3 akhir malam dengan berfirman:

1) Barangsiapa yang berdoa kepadaKu akan Aku mustajabkan doanya.
2) Barangsiapa yang meminta kepadaKu akan Aku berikan kepadanya.
3) Dan barangsiapa yang memohon ampun kepadaKu akan Aku ampuninya.

sumber: assabiel

Kalo nak doa kita dimakbulkan, antara caranya ialah bangun solat tahajjud di sepertiga akhir malam (start lebih kurang pukul 3.30am ~ masuk waktu subuh). Time tu doa paling makbul, berdasarkan hadis di atas.

Kalo tanya saya, antara solat tahajjud dan solat hajat, baik buat solat tahajjud, sbb solat tahajjud mmg sahih disyariatkan. Tapi solat hajat ada perselisihan ulama ttg dalil disyariatkan.

P/S: TT, Sila sertakan sekali hadis2 seperti yg didakwa dalam aktikel di atas tersebut. Tak best la kalo sekadar tulis "ada hadis yg mengatakan" je :D. Insyaallah, sahabat2 kat CG ni nak check samada shahih, hasan, dhaif, atau maudhu.

wallahu a'lam. Tiada daya dan upaya melainkan dengan bantuan Allah
 
Last edited:
jodoh tak dapat kaya pun xdapat apa pun tarak.

ada org pulak yg sme menda dapat.

mcm haram.

rileks bro, jangan cakap camtu. kita kena redha terhadap apa yg Allah tentukan kat kita. beriman kepada qadha dan qadar. Allah itu Maha Adil.
Sesiapa hamba-Nya yg berusaha, insyaallah, Allah akan beri. Ada benda yg kita nampak baik untuk kita, tapi Allah tak beri kat kita, sebab Allah Maha Mengetahui samada benda tu baik atau tak kat kita. Insyaallah, Dia akan bagi yg lebih baik dari benda yg kita nak tu nanti di masa akan datang. Kalo tak bagi kat dunia pun, nnt kat akhirat Dia bagi ganti (seperti apa yg Dia kehendaki). Pengetahuan manusia terbatas, tapi pengetahuan Allah meliputi segala-galanya.

Asalkan kekayaan yg sedikit yg kita ada tu berkat, lagi elok dari ada duit berbillion-billion, tapi tak berkat.

Apa yg kita perlu lakukan sebagai hambaNya ialah sentiasa beribadat hanya kepadaNya, banyakkan doa, berusaha semampu boleh, pastu bersabar dan redha terhadap ketentuanNya yg akan mendatang.

Dunia ini hanya sementara, akhirat juga yg kekal abadi selamanya.

Sori kalo panjang sgt. Peringatan untuk saya khususnya:D

Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah shallallahu a'laihi wa sallam bersabda: "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti atau kesusahan mengingatkan apa yang telah berlaku hinggakan tikaman duri yang mencucuknya, melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya sebahagian daripada dosanya."

- (Hadis Shahih riwayat Bukhari dan Ahmad) -

aku rasa sme tu nk bg org tak bnasib baik sedap hati jer.
lebih tepat menipu org yg tk bnasib naik..

sbb ada org boleh dpt apa yg dia suka, tak kan dia dapat benda yg tbaik kot. kalo mcm ni mcmana dikata adil.

aku bg cth bnyk pun boleh utk buktikn kata2 aku.

gajah.jpg

dia ni lahir cacat jadi elepant man.dh tu lahir sbgi kapir pulak.jodoh xder sbb buruk miskin.

yg ni pulak....cth mdh

aron.jpg

dia jumpa jodoh bini lawa dia suka tentu dia kata tuhan bg yg terbaik utk dia. lahir islam pulak.

antara 2 ni, siapa paling untung. tentu si gambar lawa yg kedua tu, masuk syurga sedap dunia lagi.

yg gmbr pertama tu tentu pi neraka.mcm ni kata adil.

sme agama dlm dunia ni xada keadilan lah senang cakap.

bnyk menipu..nk real menipu tu suh manusia redha.
kenyataannya , keadilan xader.
 
aku x heran la kalo ko nih kafir, ko bleh ckp apa yg ko nak .. kami sbg org Islam percaya qada dan qadar .. apa yg Allah jadikan ada sbb musabab dia .. mana ko tau yg elephant man tuh nanti masuk neraka? kita kat dunia boleh la ckp org nih masuk syurga org nih masuk neraka .. tapi kat akhirat kelak x siapa tau .. aku rasa ko ni atheis ..
 
aku rasa sme tu nk bg org tak bnasib baik sedap hati jer.
lebih tepat menipu org yg tk bnasib naik..

sbb ada org boleh dpt apa yg dia suka, tak kan dia dapat benda yg tbaik kot. kalo mcm ni mcmana dikata adil.

aku bg cth bnyk pun boleh utk buktikn kata2 aku.

gajah.jpg

dia ni lahir cacat jadi elepant man.dh tu lahir sbgi kapir pulak.jodoh xder sbb buruk miskin.

yg ni pulak....cth mdh

aron.jpg

dia jumpa jodoh bini lawa dia suka tentu dia kata tuhan bg yg terbaik utk dia. lahir islam pulak.

antara 2 ni, siapa paling untung. tentu si gambar lawa yg kedua tu, masuk syurga sedap dunia lagi.

yg gmbr pertama tu tentu pi neraka.mcm ni kata adil.

sme agama dlm dunia ni xada keadilan lah senang cakap.

bnyk menipu..nk real menipu tu suh manusia redha.
kenyataannya , keadilan xader.

Bahaya aqidah saudara ni. Semoga Allah mengurniakan hidayah kepada saya dan saudara.

Tentang orang cacat tu, ada 3 kemungkinan:

(1) sekiranya hujah islam tidak tertegak kepadanya, maka Allah takkan menghukumnya disebabkan kejahilannya. Sesuai dgn firman Allah:

“Tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sehingga Kami mengutuskan seorang rasul” (Surah al-Israk: 15).

Dia akan terus masuk syurga, bukan neraka.

Para sarjana bersepakat dengan prinsip yang ditegaskan oleh al-Quran bahawa Allah tidak akan mengazabkan seseorang melainkan setelah diutuskan rasul. Sesiapa yang tidak sampai kepadanya ajaran yang benar dari seorang rasul, tidak ditegakkan hujah yang teguh sehingga tiada alasan untuk ragu dan syak, maka dia tidak akan diazabkan oleh Allah. Ini seperti yang Allah tegaskan: (maksudnya)

“Tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sehingga Kami mengutuskan seorang rasul” (Surah al-Israk: 15).

Inilah yang menyelamatkan bukan muslim yang tidak sampai hujah hidayah kepada mereka. Bahkan inilah juga yang menyelamatkan muslim yang jahil yang tidak disampaikan hujah dalam amalan atau kepercayaan tentang Islam mengenai sesuatu perkara. Al-Sa’di dalam tafsirnya menyebut:

“Allah itu Maha Adil, Dia tidak akan mengazab seseorang melainkan ditegakkan hujah dengan pengutusan rasul tapi dia menolaknya. Adapun sesiapa yang tidak sampai kepadanya hujah Allah, maka sesungguhnya dia tidak diazab”.

Ini dikuatkan lagi dengan firman Allah: (maksudnya)

“Rasul-rasul pembawa khabar gembira dan amaran supaya tiada bagi manusia suatu hujah (alasan untuk berdalih pada hari kiamat) terhadap Allah sesudah mengutuskan rasul-rasul itu. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” (al-Nisa: 165).

Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam karyanya Tariq al-Hijratain menyebut:

“Sesungguhnya azab itu layak diterima kerana dua sebab; pertama, tidak mahu mendengar hujah serta enggan menerima dan beramal dengan tuntutannya. Kedua, berkeras setelah ditegakkan hujah dan meninggalkan tanggungjawab berkaitan. Maka jenis yang pertama; kufur berpaling (enggan mendengar) dan yang kedua; kufur keras kepala. Adapun kufur kerana jahil tanpa ditegakkan hujah dan tanpa kemampuan untuk mengenali hujah, jenis inilah yang Allah tidak akan azab sehingga tertegaknya hujah rasul”.

Seterus Ibn Qayyim menyebut lagi:

“Sesungguhnya penegakan hujah itu berbeza dengan berbezanya zaman, tempat dan individu. Mungkin dikira tertegaknya hujah ke atas orang-orang kafir pada suatu zaman, tidak pula pada zaman yang lain. Juga dikira tertegak pada satu tempat atau kawasan, tidak pada tempat atau kawasan yang lain. Demikian untuk seseorang, namun tidak pada individu lain” (m/s 438. Kaherah: Maktabah al-Mutanabi)

Sumber: drmaza.com

(2) Sekiranya orang cacat tersebut tidak memiliki akal atau gila, dia tak dibebankan dengan syariat islam. Dia akan terus masuk syurga, bukan neraka.

(3) Sekiranya orang cacat itu memiliki akal dan telah ditegakkkan hujah dan dia menerima Islam, syariat hanya dibebankan kepadanya setimpal dengan kemampuannya. Kalo tak boleh solat berdiri, dia boleh solat duduk ataupun solat sambil berbaring. Kalo tak mampu juga, dia boleh solat dengan isyarat sahaja. Islam itu adil, hanya membebankan penganutnya setimpal dengan kemampuan masing2. Ditambah dengan itu, sekiranya dia bersabar dengan kecacatan yg dia hadapi, Allah akan menghapuskan dosa2nya disebabkan oleh kecacatan itu. Setiap hari dia bersabar, setiap hari itu juga Allah akan menghapuskan dosa2nya. Bila dosa dah terhapus setiap hari, maka insyaallah, dia pun akan masuk syurga, bukannya neraka.

Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah shallallahu a'laihi wa sallam bersabda: "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti atau kesusahan mengingatkan apa yang telah berlaku hinggakan tikaman duri yang mencucuknya, melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya sebahagian daripada dosanya."

- (Hadis Shahih riwayat Bukhari dan Ahmad) -

Secara jujurnya, bagi saya, setelah melihat gambar tersebut, orang cacat itu mesti berada pada kemungkinan yg ke-2. Maknanya, dia akan terus masuk syurga, bukannya neraka. Wallahu a'lam.

Tentang orang normal tu plak, dia dibebankan dengan semua syariat islam. Dia kena solat berdiri. Dia kena buat segala syariat islam seperti biasa. Dia juga akan dipertanggungjawabkan sekiranya family dia tak ikut syariat islam. Bila isterinya yg cantik tu tak tutup aurat, orang normal tu akan dapat dosa. Sekiranya orang normal tu tak amalkan dan ikut syariat islam, dia dapat dosa. Sekiranya dosa-dosa yg terkumpul tu terlampau banyak, besar kemungkinan dia akan masuk neraka, bukannya syurga.

Wallahu a'lam. Dan Allah juga yg Maha Mengetahui.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register