BTC USD 63,660.0 Gold USD 4,469.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Susah jadi orang gemuk

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
Riyadh: Seorang lelaki yang seberat 145 kilogram (kg) diberikan masa tiga tahun oleh bapa gadis yang hendak dikahwininya supaya mengurangkan berat badannya sebanyak 55 kilogram.

Selepas tiga tahun, dia kembali meminang gadis itu baru-baru ini.
Tetapi, lamarannya tetap ditolak kerana bapa gadis itu tidak berpuas hati apabila melihat lelaki itu masih gemuk.

Lelaki berkenaan berjaya mengurangkan 25kg berat badannya.
Dia diarah pulang dan diberi kata dua, kurangkan sebanyak 35kg lagi dalam masa tiga tahun untuk menjadikan berat badannya 90kg atau dia boleh melupakan hasrat untuk berkahwin dengan gadis berkenaan, lapor akhbar Makka.

Laporan itu bagaimanapun tidak menyebut sama ada lelaki itu bersetuju menyahut cabaran berkenaan. Ia juga tidak menyebut nama atau tempat kejadian. - Agensi
 
Mati wooo..kena hempap malam2.boleh penyek
 
Nampak tak brapa sayang bakal bini
 
baguslah...utk kesihatan dia jugak
 
Bapak pengantin pompuan melihat masa depan jauh utk anaknya
 
kalau tak kerana syarat perkahwinan mesti lelaki ini tak akan berusaha untuk mengurangkan berat badanya.
 
Aku kalau suruh turun berat badan mmg boleh je buat janji hantaran mas kawem letak murah2..nk buang duit lg sakit kepala berbanding nk buang lemak..
 
Klu aku jd laki tu, aku kuruskan gila2 then aku cari awek lain hahaha padan muka..tp bagus sebenarnya saranan bakal pak mertua tu suh kurus :)
 
Back
Top
Log in Register