BTC USD 60,523.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suri rumah minta batal keislaman

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,416
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,416
Reaction score
257
Points
81
GEORGETOWN: Seorang suri rumah, Siti Hasnah Vangarama Abdullah atau S Banggarma yang mendakwa dirinya dipaksa memeluk Islam ketika berumur tujuh tahun mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, di sini hari ini untuk membatalkan keislamannya itu.

Siti Hasnah yang mengemukakan permohonan itu menerusi peguamnya, Gooi Hsiao Leung turut meminta mahkamah mengisytiharkan agama dianutinya sebagai Hindu dan menukar status Islam pada MyKadnya kepada Hindu.

Gooi berkata, anak guamnya (Siti Hasnah) membuat permohonan itu kerana pengislamannya dilakukan pada 1989 itu adalah tidak sah dan bagi membolehkannya mengamalkan amalan hidup mengikut agama Hindu secara bebas serta terbuka.

"Pada umur tujuh tahun adalah sesuatu yang mustahil untuknya memahami 'Kalimah Syahadah' untuk membolehkannya memasuki Islam," katanya.
 
tak guna dah org macam ni... kalau islam pun merosakkan agama je... biar la dia nak tukar???
 
bunuh je orang camno.. ade ke main2 dengan agama islam..
 
xde yg bimbing ni la sudahnya..ayah dia yg islam lak mati lama dah..abis la..
 
Selama nie dia amal cara hidup agama mana?
 
kes ni memgigatkan aku pada kes kawan ofis aku dulu...bapak die melayu ISlam..Mak die India Muslim (kawen ngan bapak die, br masuk ISlam)...pastu die ader 3 beradik..kakak die memang ikut ajaran Islam habis...pakai tudung labuh dll...yg tengah cm blur (walaupun ngaku ISlam, tp xpakai tudung..)..yg bongsu (kwn aku) terus dh cm India Hindu dh...(siap ade gambar Gajah kt screen saver henfon)..huhuhuhuhu...naya betul bapak die..
 
dalam kes sebegini,
sebenarnya kita juga turut b/jawab,
amat menyedihkan...
 
ya...syabas..siti fatimah akhirnya berjaya mencucuk duri...bagus bagus..

konfom kerajaan tuko ic die ah..mmg kerajaan ni kerajaan rakyat..syabas
 
Back
Top
Log in Register