BTC USD 61,345.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suri rumah dipukul dengan kerusi

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
CHUKAI – Dipercayai gara-gara hutang tidak dibayar, seorang suri rumah berdepan detik menakutkan apabila diserang dan dipukul dengan kerusi ketika sedang minum di sebuah kedai makan di Jalan Pasar Borong Dusun Nyior, dekat sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu, mangsa yang berusia 56 tahun terkejut apabila didatangi seorang wanita warga Thai bersama suami wanita terbabit.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, ketika kejadian mangsa sedang minum bersendirian dan kedua-dua mereka saling mengenali.

“Apabila menghampiri mangsa, wanita warga Thai itu bertindak mengambil sebuah kerusi plastik dan pukul mangsa di kepala selain mangsa turut diterajang.

“Akibat kejadian itu, mangsa bengkak di kepala dan apabila membuat pemeriksaan doktor didapati mangsa turut mengalami keretakan di pergelangan kaki,” katanya kepada Sinar Harian.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Chukai dan motif kejadian dipercayai disebabkan masalah hutang yang tidak dibayar.
Che Suza berkata, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan suspek ditangkap polis tiga hari lalu bagi membantu siasatan.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/suri-rumah-dipukul-dengan-kerusi-1.138212
 
datang sini buat samseng,hampeh punya
 
memang melampau betol dia orang ni nak tunjuk samseng pulak.
 
aku punya ekonomi stabil.. Aku sangt brhati2 utk memberi hutang pada orng, klu x beri hutang x perlu masuk lokap atau Penjara. ok ke menolong orng klu trpaksa masuk penjara. d segi ketaatan pada agama orng thailand jauh lebih baik dari indon
 
thai pulok wat samseng
 
tak payah berhutang pada barangan yang bukan keperluan

bila dah jadi hutang kenalah bayar
 
naya ke pompuan tu..
kene pukul..
 
Back
Top
Log in Register