BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Surat cinta berpalit noda

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
Kuantan: Gian menghidu seluar dalam dan coli wanita menyebabkan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun bertindak gila mencuri pakaian dalam berkenaan dari rumah sekumpulan pelajar perempuan di Kampung Selamat, di sini, sejak Januari lalu.

Perkara itu diakui sendiri remaja gila seks terbabit apabila turut mengirim sepucuk ‘surat cinta’ kepada pelajar perempuan berkenaan dengan menyatakan dia meminta maaf di atas perbuatan dilakukan dan memulangkan semula pakaian dalam dicurinya sebelum ini.
Dalam surat dikirim bersama segumpal pakaian yang dicuri itu, remaja lelaki terbabit tanpa segan silu memaklumkan dia berbuat demikian kerana terlalu gian menghidu pakaian dalam wanita.

Mangsa, Siti Syahirah Ali, 23, berkata, dia bersama tujuh rakannya yang lain menerima surat berkenaan bersama segumpal pakaian dalam itu yang dipercayai dilemparkan suspek di halaman rumah sewa mereka jam 1 pagi kelmarin.


Katanya, mereka berasa hairan dengan tindakan individu terbabit yang memulangkan pakaian dalam pernah dicuri itu.



sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Suratcintaberpalitnoda/Article/index_html
 
ada berani ka mau pkai balik tuh.....kang ada gak yg ikut smpai ke rumah pemangsa...:eek::eek::eek:
 
basuh bersih2 pakaian dalam tu tapi kalau was2 jangan pakai lagilah.
 
nasib tak koyak.. tak perlu beli baru lagi..
 
buang je la coli sume tu. xde bau ape tu de
 
sekali dia simpan serbuk lada semua tu baru tau sekali pakai merasa la hahaha
 
Back
Top
Log in Register