BTC USD 60,988.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Surah Yasin dalam kuil

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Syed Izzan(kanan) menunjukkan Yasin yang ditemui dalam sebuah kuil di Kampung Parit Haji Napis, Kuala Kurau.
< 1 / 1 >
KUALA KURAU - Perjalanan pulang seorang petani ke rumah terganggu dengan penemuan menggemparkan senaskhah Yasin dalam sebuah kuil di Kampung Parit Haji Napis, di sini, kira-kira jam 10 pagi, kelmarin.

Petani, Syed Izzan Syed Alwi, 34, berkata, dia yang baru selesai menjalankan kerja pembersihan sawah dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum dipanggil seorang pemilik kuil.

“Dia beritahu ada jumpa Yasin masa membersihkan kuilnya. Dia juga tunjukkan beberapa peralatan aneh yang dipercayai digunakan untuk pemujaan nombor ekor.

"Tapi, dia tidak mahu pegang Yasin itu sebaliknya hanya tunjuk pada saya kerana menghormati ajaran Islam," katanya.

Menurutnya, dia tidak menolak kemungkinan Yasin itu diletakkan individu tidak bertanggungjawab sejak beberapa hari lalu.

“Saya minta pemilik kuil membuang segala peralatan aneh seakan-akan dacing, selain limau dan beberapa helai kertas bertulis nombor.

"Saya juga ada maklumkan pengurusan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit Haji Amin, Mohd Nor Dan untuk tindakan susulan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Nor berkata, dia kesal dengan tindakan individu yang mempersendakan Yasin berkenaan.

"Tindakan menggunakan ayat al-Quran untuk pemujaan bukan saja bertentangan dengan ajaran Islam, malah dalam kes ini ia menjejaskan tanggapan penganut agama lain terhadap ajaran Islam," katanya.

Menurutnya, jika sebelum ini terdapat kes sebuah kuil di kampung itu dijadikan tempat pemujaan kaki nombor ekor, bagaimanapun aktiviti itu tidak aktif lagi selepas dipantau serius Jabatan Agama Islam Negeri Perak (Jaipk).

"Sekarang, sekali lagi kami digusarkan dengan penemuan ini dan berharap Jaipk dapat ambil tindakan untuk mengelakkan aktiviti tidak bermoral ini berleluasa," katanya.
 
Peralatan aneh seperti dacing....
Mmg aneh bin ajaib
 
hmmmm harap bersangka baik kat pemilik kuil tu.
 
Dalam semua pemujaan dan ilmu sihir di dunia, penghinaan ayat Al-Quran adalah salah satu pra syarat jin.

Kerja jin dan syaitan untuk menyesatkan manusia.
 
kenapalah dia sebut dacing.. cuba sebut alat timbang..
hmmm... ingat dacing ingat bn...
 
jilake punya dacing
keris pun biasa pakai untuk pemujaan kan?
jilake punya keris
 
sapa punya kerja ler dok g boh dalam kuil...otak letak kat mana ler....
 
Back
Top
Log in Register