BTC USD 82,548.5 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Surah Amalan Ibu Mengandung

jimbajimbi

Active Member
Messages
1,810
Joined
Jul 23, 2012
Messages
1,810
Reaction score
141
Points
33
Nikmat mengandung dan melahirkan anak adalah nikmat yang cukup berharga yang dikurniakan Allah SWT kepada wanita. Pengalaman selama tempoh mengandung dan melahirkan adalah cukup indah dan berharga. Tempoh mengandung adalah detik emas yang seharusnya dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh bakal ibu dan ayah. Semasa mengandung, bakal ibu sangat digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadah antaranya bertaubat kepada Allah SWT, membanyakan zikir dan doa serta membaca Al-Quran. Setiap surah yang ada di dalam Al-Quran mempunyai kelebihannya tersendiri. Antara surah amalan ketika mengandung ialah surah al-Fatihah, surah Maryam, surah Yusuf dan surah Luqman.



Surah al-Fatihah

Ibu mengandung digalakkan membaca surah al-Fatihah sebanyak 70 kali setiap hari dalam keadaan berwuduk, semoga zuriat yang dilahirkan memperoleh ilmu pengetahuan disamping dapat mengawal hati dan fikiran daripada perakra mazmumah

Surah Yusuf

Surah Yusuf telah diturunkan di Makkah dan mengandungi 111 ayat. Dinamakan Yusuf kerana hampir keseluruhan dipenuhi akan kisah Nabi Yusuf a.s yang bermula dari ayat 4 hinngga 101. Ibu yang sedang mengandung disarankan agar memperbanyakkan membaca surah Yusuf agar dikurniakan zuriat yang soleh, cerdik, tampan dan tabah menghadapi ujian

Surah Luqman


Dalam pengkisahan Luqman dengan anaknya, Allah SWT menegaskan tentang wajibnya manusia bersyukur akan segala nikmat yang telah dianugerahkan kepada mereka dan wajib menjauhi perkara syirik. Ibu yang mengandung dianjurkan supaya membanyakkan membaca surah Luqman agar bayi yang dalam kandungan akan dikurniakan kebijaksanaan akal fikiran dan hikmah yang tersirat apabila lahir ke dunia, inshaAllah.

Surah Maryam

Ibu yang sedang hamil disarankan untuk membanyakkan membaca surah Maryam agar bayi yang dilahirkan nanti mempunyai akal yang cerdas dan hati yang sabar dan cekal dalam menempuhi ujian. Amalan surah Maryam juga memudahkan ibu semasa melahirkan anak.

InsyaAllah

;;)
 
beli je cd ni.. :D
pasang kat dlm keta atau kat dlm umah :D

uskhairulmengandung-240x240.jpg
 
bace jer semua..., xkan xsempat kot nak katam 9bln
 
Masa isteri mengandung, yang paling utama untuk membanyakkan lagi amalan adalah si suami. Sebab si suami lebih cergas.

Ulama ajar si suami selalu baca al-Quran dekat dengan isteri. Selain kuatkan semangat isteri, dapat kukuhkan hubungan kasih sayang. tapi yang utama sekali, yang dalam perut tu dapat dengar bacaan al-Quran dari awal. :)
 
Masa isteri mengandung, yang paling utama untuk membanyakkan lagi amalan adalah si suami. Sebab si suami lebih cergas.

Ulama ajar si suami selalu baca al-Quran dekat dengan isteri. Selain kuatkan semangat isteri, dapat kukuhkan hubungan kasih sayang. tapi yang utama sekali, yang dalam perut tu dapat dengar bacaan al-Quran dari awal. :)

paling setuju....sama sama membaca...insyaAllah:)
 
Back
Top
Log in Register