BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suplemen daripada ISN selamat - Dr. Ramlan

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
PUTRAJAYA - Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Aziz menolak sama sekali bahawa suplemen yang diberikan kepada atlet negara mengandungi bahan terlarang.

Menurut Dr. Ramlan, jika seseorang atlet itu mengambil suplemen yang diberikan oleh ISN sudah pasti mereka tidak akan diuji positif seperti dua atlet olahraga dan angkat berat yang diuji positif dalam ujian doping selepas temasya Sukan SEA XXVI Indonesia.

"Tidak ada masalah jika mereka mengambil suplemen daripada ISN, cuma apa yang merisaukan kita sekarang ini ialah mereka menggunakan suplemen luar dan tidak memaklumkan kepada kami untuk melakukan pemeriksaan," katanya kepada media semalam.

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah mengesahkan dua atlet negara masing-masing seorang daripada olahraga dan angkat berat yang menang pingat pada Sukan SEA XXVI Indonesia lalu positif ujian doping sampel A.

Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi ketika mengesahkan perkara itu berkata, surat mengenainya diterima daripada Jawatan kuasa Penganjur Sukan SEA Indonesia (Inasoc) 21 Disember lalu.

"Ini adalah tanggungjawab kami bagi memastikan atlet mengambil suplemen yang tidak mengandungi bahan terlarang, jika mereka mengambil suplemen luar dan tidak boleh digunakan kami akan menasihatkan mereka untuk tidak mengambil suplemen tersebut.

"Sekarang ini kita perlu menunggu sampel B selepas itu barulah saya boleh menjelaskan secara lanjut tentang apa bahan yang digunakan dan siapakah atlet tersebut setakat ini semuanya masih lagi sulit.

"Sampel A dan B adalah dari ujian air kencing yang sama cuma ia dipisahkan diletakkan dalam bekas yang berasingan namun jika sampel A positif, sampel B kemungkinan besar juga akan didapati positif," katanya.

Dr. Ramlan berkata, ISN tidak akan bertoleransi mengenai anti doping, namun perkara ini tidak boleh dielakkan tanpa sokongan padu jurulatih dan pegawai di setiap persatuan sukan di seluruh negara.

"Atlet pula mempunyai hak untuk berkata 'tidak' jika mereka merasakan suplemen yang diberikan oleh jurulatih serta pegawai tidak diketahui kandungannya, bagaimanapun jika terbukti bersalah semuanya termasuk siasatan akan dilalukan oleh persatuan sesebuah sukan. Bentuk hukuman perlulah mengikut kod dan etika Agensi Anti-Doping Dunia (WADA).

"Bagaimanapun perkara ini melibatkan maruah negara, kerana martabat negara dinaikkan melalui sukan dan dalam masa yang sama ia tercalar juga disebabkan oleh sukan," katanya.
 
Back
Top
Log in Register