Aku pun nampak macam tu... Perniagaan advertising ni, memang peluang cerah.. tapi yang dikesalkan, kenapa syarikat buat kita semua macam nie?.. Mereka anggap kita ni macam peminta sedekah... Padahal waktu nak minta kita masuk dulu, bukan main lagi lembut lidah... mungkinkah ada agenda yang tersembunyi?.. Kalau buat betol2, bleh untung jutaan ringgit... tapi kalau dia buat kat kita macam nie.. aku rasa tak lama... kalau semua pelabur dah start wat report, kat Polis, BNM, PPDNKK, Pekida, pastu hebohkan kat suratkhabar dan TV, perhhh.. tak sampai sebulan beb... Tuh2 dah kena freeze semua akaun syarikat... BNM boleh Charge syarikat atas Pengubahan wang haram, mengambil deposit secara haram dan pembiayaan keganasan.. syarikat boleh dituduh dibawah akta BAFIA... CEO2 company boleh dituduh dibawah akta syarikat.. Contohnya macam JNS**, yang mana sekarang ni CEO company Dato'JJ, meringkut kat penjara atas 90 tuduhan kalau tak silap... aku dulu amik law of business, lupe plak fasal yang boleh menuduh pekerja dibawah fasal pembukaan tirai pemerbadanan... malas pulak nak bukak law of business...