Bagi saya lebih baik buat pengiraan detail sebelum membuat keputusan... Sebagai contoh :-
Refinance kereta... kena berapa bank % bank boleh bagi diskaun pada pembayaran pinjaman kereta kita. Memang OD banyak membantu, tetapi kita akan memperolehi keuntungan (perbezaan antara dividen dgn interest).. itupun sekiranya dividen>interest..
Jadi sekiranya :-
Harga Belian = RM 60,000
Interest pinjaman kereta = 4%/tahun
Baki pinjaman (tahun) = 4 tahun
Jumlah peratus = 16%
Katakan bank bagi diskaun = 5%
Baki interest = 11% (RM 60,000 X 0.11) = RM 6,600
Katakan :-
Bila refinance boleh dapat tunai = RM 15,000 (boleh dapat ka :-?)
Persoalannya :-
Adakah dengan nilai tunai (RM 15,000) anda mampu menghasilkan keuntungan sebanyak >RM 6,600 dalam masa 4 tahun.....
Sekiranya boleh.. teruskan..
Sekiranya tidak... saya rasa cari cara lain....:">
*Apa-apa yang kita lakukan...rancanglah sebaik-baiknya..Jangan hanya ikut apa yang orang lain buat.....Tambahkan ilmu, insyaAllah kejayaan ada dihadapan anda.......
tu sebab sebelum buat apa2..kena kira2 dulu..
kalau rasa berbaloi..teruskan la...
kalau dah itu jalan yg ada..
yelah..bukan senang nak pinjam duit belas2 ribu nih...
jarang2 orang yg dapat dgn senang..
jadi ukur la baju di badan sendiri..
yg penting ..target mesti ada....dan jangan rabun mata