BTC USD 82,806.5 Gold USD 4,116.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sunnah di dalam amalan berkorban

Assalamualaikum ...sahabat2 saudara2ku...berazamlah untuk berkorban walaupun seekor kambing :) atau satu bahagian:) Yang paling baik ... yang berkorban itu yang menyembelih dan menumpahkan darah korban tersebut :)Subhanallah...ada feel sahabat2... Allah Huakbar :)Ini lah perayaan sebenar umat islam:)
amin
 
SATU SEMBELIHAN UNTUK SEMUA AHLI KELUARGA

Seekor binatang korban, sama ada kambing atau lembu, boleh dikongsi pahalanya untuk dirinya, untuk orang-orang yang dalam tanggungannya dan untuk kesemua ahli keluarganya walaupun hanya berkorban dengan seekor kambing. Kerana seorang ketua keluarga mewakili seluruh keluarganya apabila dia berkorban. Ini berdasarkan hadis:

قَالَ عَطَاءُ بْنُ يَسَّارٍ : سَأَلْتُ أَبَا أَيُّوْبَ اْلأَنْصَارِي كَيْفَ كَانَتِ الضَّحَايَا عَلَى عَهْدِ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ؟ اِنْ كَانَ الرَّجُلُ يُضَحِّي بِاالشَّاةِ عَنْهُ وَعَنْ أَهْلِ بَيْتِهِ فَيَاْكُلُوْنَ وَيُطْعِمُوْنِ
“Berkata Ata bin Yasar: Aku bertanya kepada Abu Ayyub al-Ansari bagaimana sifat sembelihan dimasa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam? Beliau menjawab: Jika seseorang berkorban seekor kambing, maka untuk dia dan semua keluarganya. Kemudian mereka makan dan memberi makan dari korban tersebut”. (Hadis Rriwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah, Malik dan al-Baihaqi. Dengan sanadnya yang hasan)

Namun, tidak ada larangan jika setiap individu dalam sebuah keluarga berkorban seekor kambing setiap seorang. Wallahu ‘alam, walhamdulillahi, was-salatu was-salamu ‘ala Rasulullah.

Bagus info ni TT

Alhamdulillah:)
 
kalau ikut ibnu abbas boleh korban dan akikah guna ayam,itik,merpati dll asal halal dimakan,tapi tempat teman dulu ada org2 miskin yg x mampu beli kambing untuk akikah guna ayam dan merpati sebagai ganti ikut pendapat ibnu abbas,kalau ikut akal ,bagi org miskin manalah mampu nak cr 1 ekor kambing skrg,sampai tua anaknya x akikah,cuma pendapat ibnu abbas ini kurang popular,masa teman belajar dulu,ustaz teman kata boleh kita pendapat ibnu abbas ni terutama org yg x mampu
 
Back
Top
Log in Register