BTC USD 63,954.0 Gold USD 4,331.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sunnah:Cara-cara pakai serban

Serban+Rasulullah+SAW.jpg

sumber:
http://fazaileamal.blogspot.com/2008/10/kemana-menghilang.html

dikatakan ni serban Nabi,kopiahnya tajam keatas,waallahualam

brg2%2BNabi.jpg
 
Serban sememangnya banyak rahsia. Pernah semasa kejatuhan Turki Uthmaniyyah Mustafa Kamal Attarturk mengharamkan serban. Said Nursi pernah ditangkap atas alasan memakai serban, tetapi beliau berkata sesungguhnya serban ini datang dengan kepala ku sekali, kalau mahu dicabut perlulah ditebas sekali dengan kepala ini.

Serban berbeza cara ikatannya, malah ada puluhan cara lilitannya. Kadang-kadang setiap guru dan masyaikh mengijazahkan muridnya ikatan serban sebab ia sangat signifikan.

ketika Muadz bin Jabal diutuskan oleh Rasulullah SAW untuk menjadi wakil dan mengajar di Yaman – sebelum bertolak – baginda Rasulullah [segala selawat dan salam kepada baginda, kaum keluarga, para sahabat dan mereka yang menurut jejak langkah baginda] telah memakaikan serban di kepala Muaz.

Warna serban pun pelbagai. Rasulullah SAW memakai putih, ada ketikanya baginda memakai serban hijau, malah ada ketikanya serban hitam. Ketika pembukaan Makkah, di dalam perang kesemuanya mempunyai maksud dan makna secara maknawi.

Jika Rasulullah SAW hendak mengutuskan utusan ke mana-mana selalunya Rasulullah SAW akan memakaikan serban kepada para sahabat, seolah ada satu makna atau simbol.

Serban ini umpama watikah atau amanah tanggungjawab membawa risalah nabi SAW. Jadi para sahabat menjadi teguh hati kerana memikul amanah rasulullah SAW, dan mereka juga rasa teruja kerana lambang kasih Rasulullas SAW.

Serban ialah satu sunnah yang semakin hilang, tetapi dengan memakainya dan merasakan itulah yang Rasulullah SAW pakai, ia akan menjadi satu bentuk ibadah salbiyat dalam bentuk -ve, ia adalah dakwah, ia adalah syiar Islam.

Nursi berkata di dalam Risalah Lumaat ke – 11, dengan menghidupkan syiar yang semakin hilang ia umpama Fardhu Kifayah, ada hadith tetapi tidaklah ke martabat sahih, seseorang yang menghidupkan sunnah ketika masyarakat semakin rosak, ganjarannya 100 syahid.

Dalam Risalah yang sama Nursi berkata dalam menghidupkan syiar dan rasa di dalam hati bahawa ini syiar kehebatan Islam, inilah pakaian nabiku, tidak boleh dikatakan riyak.

Tidak akan ada riyak dalam bab ini, walaupun kita niyat supaya orang tengok, tetapi hakikatnya kita yang tumpang berbangga dengan syiar dan pakaian Islam. Kita mahu orang tengok syiar Islam itu, bukan tengok diri kita.

Syiar ini umpama bendera, syiar-syiar lain di dalam Islam ialah seperti Puasa Ramadhan, Haji, Solat jumaat, pakaian menutup aurat, malah Nabi Muhammad SAW itu sendiri syiar Islam. Ia lambang, jadi lambang-lambang ini mesti dipamer selalu. Bila selalu dipamerkan ia umpama iklan dan makin ramai yang terikut.

Salafi wahabi mungkin mengatakan serban tidak sunnah, ya lah, ia bukan sunnah dalam maksud hukum feqah yang 5 (wajib, sunnah, makruh, harus dan haram itu) tetapi ia sunnah kerana itu pakaian Nabi dan sesuatu yang Allah pilih untuk Nabi sudah pasti yang terbaik. Sunnah ghair Tasyri’iyyah menurut Sheikh al-Qardhawi.

sumber:
http://muhdkamil.org/blog/2010/07/23/serban/
 
terima kasih TT..bagus perkongsian ini...

dulu masa sek rendah aku selalu gak pakai serban ...insyaallah boleh ingat lagi...tak tau lak ada pelbagai cara lain...
 
terima kasih TT..bagus perkongsian ini...

dulu masa sek rendah aku selalu gak pakai serban ...insyaallah boleh ingat lagi...tak tau lak ada pelbagai cara lain...

3 hasta yg paling ringkas dan simple kan??tak pernah try lagi ingat nak try...tubuh badan kecil,tak boleh nak pakai besar2 nanti nampak pelik plak
 
3 hasta yg paling ringkas dan simple kan??tak pernah try lagi ingat nak try...tubuh badan kecil,tak boleh nak pakai besar2 nanti nampak pelik plak

ok je tu...tahniah..
 
terbaik nie..biar gambar tuan sebagai model..:D

ok selaku starting topik,aku kene beranikan diri post gambo aku kekeke...ni huh first try aku,tak pernah aku lilit kepala aku selama ni...rasa kalau pakai ni nak keluar berjalan confirm aku malu gila..biasalah tak pernah pakai

lokasi dalam bilik je huhu :)paid

DFCuF.jpg


korang plak..meh ah share..jangan malu2..sunnah nabi ni
 
ok selaku starting topik,aku kene beranikan diri post gambo aku kekeke...ni huh first try aku,tak pernah aku lilit kepala aku selama ni...rasa kalau pakai ni nak keluar berjalan confirm aku malu gila..biasalah tak pernah pakai

lokasi dalam bilik je huhu :)paid

DFCuF.jpg


korang plak..meh ah share..jangan malu2..sunnah nabi ni

Smart! sampai tertutup dahi... :)
 
Back
Top
Log in Register