BTC USD 61,926.1 Gold USD 4,453.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

sumber sama tapi berita lain-lain...hehehehe

erm..last skali keputusannya bunuh diri..:) kalo x pcya sila copy paste kenyataan aku..he he he
 
Apa nak hairan kan...dah muak dah...akhbar yang cuma layak dibaca masa buang air besar saja..lepas baca flush sekali ngan najis

aku sokong bro, tak ada kebenaran langsung
 
ini lagi satu apa berita penin...hehhehe


Kecoh di pusat penamaan calon
17/08/2009 12:02pm

BUKIT MERTAJAM 17 Ogos – Suasana di luar pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN), Permatang Pasir di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), di sini berlaku sedikit kekecohan melibatkan seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat, N. Gobalakrishnan.

Ini berikutan tindak tanduknya yang mencetuskan provokasi di kalangan penyokong pembangkang .

Gobalakrishnan yang juga Ahli Parlimen Padang Serai telah dilarang oleh polis daripada terus berbuat demikian kerana beliau ketika itu berada di luar kawasan yang dikhaskan untuk penyokong.

Ketika polis cuba membawanya masuk ke ruang yang ditetapkan, berlaku sedikit kekecohan antara Gobalakrishnan dan polis berikutan keengganan pemimpin itu untuk ikut arahan polis.

Kekecohan berakhir apabila Gobalakrishnan dibawa oleh ambulans kerana mengadu cedera di kaki. - Utusan


Gobala ditahan, didakwa timbul kekecohan
Ogos 17, 09 1:26pm
Polis menahan ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan membantu siasatan kerana didakwa mencetuskan kekecohan di kawasan pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Bukit Mertajam pagi ini.

Menurut Ketua Polis Negeri Datuk Ayob Yaakob, dalam insiden jam 11.30 pagi itu, ahli Majlis Tertinggi PKR itu telah mencetuskan kekecohan apabila mengingkari arahan polis supaya tidak menggunakan alat pembesar suara untuk melaungkan kata-kata berunsur provokasi, lapor Bernama.

Katanya setelah Gobalakrishnan ingkar dengan amaran polis sebanyak dua kali, seorang anggota polis menahannya tetapi beliau dan penyokongnya kemudian melawan anggota polis dan menyebabkan berlaku kekecohan.

Kekecohan itu membabitkan kira-kira 50 penyokong pakatan pembangkang yang cuba merempuh kawalan polis di pusat penamaan calon itu.

"Bagaimanapun kekecohan dapat dikawal oleh pasukan polis dan Gobalakrishnan yang mendakwa tangan kirinya patah dalam pergelutan dengan polis itu dibawa ke Hospital Bukit Mertajam dengan sebuah ambulans," kata Ayob.

Katanya terdapat juga anggota polis yang cedera dan dihantar ke hospital.

Sementara itu, sehingga jam 1.37 tengahari ini, Gobalakrishnan masih berada di Hospital Bukit Mertajam.

Seorang pemimpin AMK Pulau Pinang yang menemani Gobalakrishnan, memberitahu Malaysiakini bahawa urusan x-ray telahpun selesai.

Menurutnya, terdapat sekurang-kurangnya tujuh anggota polis
 
mane satu betul nih...



Malaysiakini: Patah tangan kiri

"Bagaimanapun kekecohan dapat dikawal oleh pasukan polis dan Gobalakrishnan yang mendakwa tangan kirinya patah dalam pergelutan dengan polis itu dibawa ke Hospital Bukit Mertajam dengan sebuah ambulans," kata Ayob.

http://malaysiakini.com/news/110723


Utusan: Cedera di kaki

Kekecohan berakhir apabila Gobalakrishnan dibawa oleh ambulans kerana mengadu cedera di kaki.

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0817&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_13.htm
 
Dorang dah di ajar ambik sekerat2 & gunapakai. Tu la hasilnya....
 
ni la masalahnye bile dok pikir nak belit2 jer cerita demi survival UMNO...
 
mane satu betul nih...



Malaysiakini: Patah tangan kiri

"Bagaimanapun kekecohan dapat dikawal oleh pasukan polis dan Gobalakrishnan yang mendakwa tangan kirinya patah dalam pergelutan dengan polis itu dibawa ke Hospital Bukit Mertajam dengan sebuah ambulans," kata Ayob.

http://malaysiakini.com/news/110723


Utusan: Cedera di kaki

Kekecohan berakhir apabila Gobalakrishnan dibawa oleh ambulans kerana mengadu cedera di kaki.

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0817&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_13.htm

bukan setakat AmNO berpecah...media depa pon berpecah jugak :eek:
 
Back
Top
Log in Register