anoone
Legendary Member

- Messages
- 12,410
- Joined
- Mar 26, 2008
- Messages
- 12,410
- Reaction score
- 60
- Points
- 120
ini berita dari berita harian.....
Inkues Teoh: Tiada cap jari, kesan tapak kaki Teoh di tingkap plaza
SHAH ALAM: Saksi ke-13 inkues kematian Teoh Beng Hock, Cif Inspektor Mazli Jusoh, 31, hari ini memberitahu walaupun tingkap di tingkat 14, Menara Masallam yang dipercayai dilalui mangsa adalah kotor dan berdebu, tiada kesan cap jari atau tapak kasut ditemui pada cermin serta bingkai tingkap berkenaan.
Ketika disoal peguam Malik Imtiaz, Mazli yang juga pegawai pengiasat kes itu mengakui ada kemungkinan Teoh diseret dari tepi berikutan terdapat kesan geseran pada sebelah kanan tapak kasut si mati.
Bagaimanapun ketika disoal peguam yang mewakili Kerajaan Malaysia, Tan Hock Chuan, beliau berkata tiada sebarang kesan pada bahagian atas kasut yang seolah-oleh menunjukkan Teoh cuba bertahan jika dia diseret.
ni pulak dari utusan malaysia.....
Inkues: Kesan tapak kasut ditemui berhampiran tingkap
13/08/2009 12:39pm
SHAH ALAM 13 Ogos – Kesan tapak kasut berukuran sembilan inci yang kurang jelas ditemui berhampiran sebuah tingkap di tingkat 14 di mana Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock dipercayai jatuh sebelum ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di sini.
Saksi ke-14 inkues, Shahrul Othman Mansor berkata, kesan yang ditemui semasa beliau membuat pemeriksaan di beberapa bahagian pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat tersebut telah dirakam oleh jurugambar polis.
Bagaimanapun, tiada ujian dibuat untuk menentukan siapa pemilik kesan tapak kasut tersebut. - Utusan